Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Pendekatan Penguatkuasaan Ops Sikap 25 Merubah Sikap Pengguna Jalan Raya

Published: 11 Jun 2014 8.53 AM Updated: 17 Jul 2026 11.46 AM
Dalam usaha mengawal dan mengurangkan kadar kemalangan jalan raya di Malaysia, pendekatan enforcement dijalankan oleh PDRM dalam OPS Sikap ke25 tahun ini bagi mendidik dan memastikan pengguna jalan r..
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/pendekatan-penguatkuasaan-ops-sikap-25-merubah-sikap-pengguna-jalan-raya
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 05:28 MYT

Rawang - 21 Januari 2012

" Pada pemerhatian peribadi saya, masih terdapat pemandu dan penunggang motosikal yang menggunakan lorong kecemasan. Ini menunjukkan sikap pengguna jalan raya yang tidak berubah dan sekiranya mereka terlihat anggota polis yang memperhatikan mereka, barulah mereka mematuhi peraturan jalan raya... " YDH CP Dato' Wira Salleh bin Mat Rasid, Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri Dan Ketenteraman Awam.

Dalam usaha mengawal dan mengurangkan kadar kemalangan jalan raya di Malaysia, pendekatan enforcement  telah dijalankan oleh PDRM dalam OPS Sikap ke-25 tahun ini bagi mendidik dan memastikan pengguna jalan raya mematuhi undang - undang.

Usaha tersebut turut dilihat sendiri oleh Pengarah Jabatan KDN/KA, CP Dato' Wira Salleh bin Mat Rasid semasa melawat operasi trafik di Kilometer 444 Rawang (Arah Utara) Lebuh Raya Utara-Selatan, pagi tadi.

Penilaian Pemandu Bas merupakan salah satu kaedah baru yang diperkenalkan di dalam OPS Sikap pada tahun ini. Kaedah ini lebih kepada pemeriksaan terhadap pemandu bas. Setiap pemandu yang mempunyai ciri-ciri yang cukup contohnya lesen dan tahap kecergasan yang baik akan ditawarkan hadiah. Kaedah ini dilihat sebagai satu lagi langkah untuk menggalakkan pemandu bas akan lebih berhemah serta berhati-hati di jalan raya.

" Jumlah kemalangan tertinggi adalah melibatkan jalan Bandaran dan jalan Persekutuan. Didapati penunggang dan pembonceng motosikal adalah pencatat perangkaan yang tertinggi iaitu 58 kes dimana 29 kes daripadanya adalah golongan itu ", Pengarah KDN/KA berkata di dalam sebuah sidang media ringkas di Sungai Buloh.

Jumlah kemalangan yang berlaku di seluruh Malaysia menunjukkan kenaikan 8.5% berbanding OPS Sikap pada tahun lepas. 6 hari yang pertama mencatat 6083 kes (tahun 2011) manakala sebanyak 6602 kes (tahun 2012). Ini menunjukkan perbezaan 519 kes kemalangan.

Pada kali ini, jumlah tindakan saman yang dikenakan ke atas kesalahan jalan raya adalah semakin meningkat daripada tahun lepas. Daripada itu, jumlah saman yang telah dikeluarkan adalah 86,991 saman berbanding jumlah 55, 578 saman pada tahun lepas.

Turut hadir mengiringi YDH Pengarah Jabatan KDN/KA adalah YDH SAC Dato' Abd Aziz bin Yusof, Ketua Trafik Pasukan, ACP Mohd Fuad bin Abd Latiff, Timbalan Ketua Trafik Pasukan, Supt. Hamzah bin Ahmad, Pegawai Trafik Penguatkuasa, ASP Zainuddin bin Jantan, Pegawai Perhubungan/Kempen Trafik Pasukan, Pegawai-pegawai Kanan Polis, anggota Cawangan Trafik  dan Rakan Media." Dengan pendekatan penguatkuasaan yang diambil pada tahun ini, pengguna jalan raya akan lebih peka dan tahu bahawa tindakan akan diambil terhadap mereka yang melanggar peraturan jalan raya. Saya harap dengan begitulah kita akan dapat mengurangkan kadar kemalangan", ujar YDH Pengarah KDN/KA menutup sidang media pada pagi ini.

Pendekatan Penguatkuasaan Ops Sikap 25 Merubah Sikap Pengguna Jalan Raya
Anggota polis trafik yang mengawal keadaan lebuh raya

Pendekatan Penguatkuasaan Ops Sikap 25 Merubah Sikap Pengguna Jalan Raya
Keadaan trafik yang perlahan di waktu pagi

Pendekatan Penguatkuasaan Ops Sikap 25 Merubah Sikap Pengguna Jalan Raya
Penilaian Pemandu Bas oleh YDH Pengarah KDN/KA

Pendekatan Penguatkuasaan Ops Sikap 25 Merubah Sikap Pengguna Jalan Raya
YDH Pengarah KDN/KA bersama salah seorang pemandu bas

Pendekatan Penguatkuasaan Ops Sikap 25 Merubah Sikap Pengguna Jalan Raya
Pendekatan Penguatkuasaan Ops Sikap 25 Merubah Sikap Pengguna Jalan Raya
YDH Pengarah KDN/KA bermesra dengan penumpang bas

Pendekatan Penguatkuasaan Ops Sikap 25 Merubah Sikap Pengguna Jalan Raya
Anggota trafik menerangkan penugasan LSD (Laser Speed Detector)

Pendekatan Penguatkuasaan Ops Sikap 25 Merubah Sikap Pengguna Jalan Raya
Memperhatikan salah seorang anggota bertugas

Pendekatan Penguatkuasaan Ops Sikap 25 Merubah Sikap Pengguna Jalan Raya
YDH Pengarah KDN/KA mengendalikan alat LSD (Laser Speed Detector)

Lawatan tapak sekatan jalan raya arah Kuala Lumpur dari Utara
Pendekatan Penguatkuasaan Ops Sikap 25 Merubah Sikap Pengguna Jalan Raya
Pendekatan Penguatkuasaan Ops Sikap 25 Merubah Sikap Pengguna Jalan Raya
Pendekatan Penguatkuasaan Ops Sikap 25 Merubah Sikap Pengguna Jalan Raya
Pendekatan Penguatkuasaan Ops Sikap 25 Merubah Sikap Pengguna Jalan Raya
Pendekatan Penguatkuasaan Ops Sikap 25 Merubah Sikap Pengguna Jalan Raya

Pendekatan Penguatkuasaan Ops Sikap 25 Merubah Sikap Pengguna Jalan Raya
Menyemak laporan kemalangan

Pendekatan Penguatkuasaan Ops Sikap 25 Merubah Sikap Pengguna Jalan Raya
Anggota trafik menyambut ketibaan YDH Pengarah KDN/KA di salah sebuah Point Duty

Pendekatan Penguatkuasaan Ops Sikap 25 Merubah Sikap Pengguna Jalan Raya
Menanadatangani Buku Pelawat

Pendekatan Penguatkuasaan Ops Sikap 25 Merubah Sikap Pengguna Jalan Raya
Sidang media ringkas

Pendekatan Penguatkuasaan Ops Sikap 25 Merubah Sikap Pengguna Jalan Raya
YDH Pengarah KDN/KA berbual dengan salah seorang wartawan tempatan


Wartawan/Jurufoto : L/Kpl Edwind Indo




ArticlePublished 11 Jun 2014 8.53 AMUpdated 17 Jul 2026 11.46 AM