Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Pencuri Terjun Bangunan Tidak Sedarkan Diri

Diterbitkan: 21 May 2018 4.21 AM Dikemas kini: 24 Aug 2026 1.15 PM
Kota Kinabalu, 21 Mei 2018 - Seorang lelaki berusia 29 tahun tidak sedarkan diri selepas terjun dari tingkat tiga sebuah bangunan kerana dipercayai mencuri di kawasan Api-Api Centre, di sini, semalam.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/pencuri-terjun-bangunan-tidak-sedarkan-diri
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 12:49 MYT

Kota Kinabalu, 21 Mei 2018 - Seorang lelaki berusia 29 tahun tidak sedarkan diri selepas terjun dari tingkat tiga sebuah bangunan kerana dipercayai mencuri di kawasan Api-Api Centre, di sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 12 tengah hari itu, suspek kini dirawat dihospital kerana mengalami kecederaan retak di bahagian dagu dan patah tapak kaki kiri.

Ketua Polis daerah, Asisten Komisioner M. Chandra berkata, suspek cuba melarikan diri selepas dikejar pengawal keselamatan sehingga nekad terjun dari tingkat tiga bangunan berkenaan.

"Seorang pengawal keselamatan telah ternampak suspek dalam keadaan mencurigakan menyelongkar beg tangan wanita.

"Bagaimanapun ketika pengawal cuba mengajak suspek ke pejabat sekuriti, suspek telah melarikan diri dan terjun sebelum terjatuh di lantai bahagian belakang bangunan tersebut," katanya dalam satu kenyataan di sini.

Chandra menambah, suspek mempunyai empat rekod kesalahan lampau termasuk terlibat dalam kes pecah rumah dan penagihan dadah.

"Hasil pemeriksaan lanjut, suspek tidak mempunyai dokumen pengenalan diri dan kes disiasat di bawah Seksyen 380 Kanun Keseksaan," jelasnya. - UTUSAN ONLINE

ArtikelDiterbitkan 21 May 2018 4.21 AMDikemas kini 24 Aug 2026 1.15 PM