Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Pencuri Kereta Dicekup

Diterbitkan: 17 Jun 2014 1.51 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.47 AM
PENCURI KERETA DICEKUP..
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/pencuri-kereta-dicekup
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 06:11 MYT

PENCURI KERETA DICEKUP: Seorang lelaki yang terlibat dalam beberapa kes curi kereta di sekitar Pasaraya Kuala Terengganu akhirnya berjaya dicekup pihak polis. Suspek yang dikehendaki polis cuba meloloskan diri dengan terjun ke dalam Sungai Manir, Kuala Terengganu tetapi gagal.

Suspek berusia 29 tahun yang berasal dari Kampung Teluk Pasu Manir itu dicekup pukul 6.20 petang kelmarin selepas diekori unit kereta ronda Balai Polis Cabang Tiga sejauh 15 kilometer.

Suspek yang memandu kereta turut melanggar lampu isyarat merah di beberapa persimpangan menuju ke kawasan kediamannya. Setelah gagal melarikan diri, suspek bertindak nekad terjun ke dalam sungai sebelum dikepung polis dan rakan cegah jenayah.

Suspek yang mempunyai beberapa rekod jenayah, berpura-pura pengsan selepas gagal berenang menyeberangi sungai. 

Sumber: Semasa 12, RTM1

ArtikelDiterbitkan 17 Jun 2014 1.51 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.47 AM