Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Pencuri Kereta Dicekup

Published: 17 Jun 2014 1.51 AM Updated: 17 Jul 2026 11.47 AM
PENCURI KERETA DICEKUP..
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/pencuri-kereta-dicekup
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 08:27 MYT

PENCURI KERETA DICEKUP: Seorang lelaki yang terlibat dalam beberapa kes curi kereta di sekitar Pasaraya Kuala Terengganu akhirnya berjaya dicekup pihak polis. Suspek yang dikehendaki polis cuba meloloskan diri dengan terjun ke dalam Sungai Manir, Kuala Terengganu tetapi gagal.

Suspek berusia 29 tahun yang berasal dari Kampung Teluk Pasu Manir itu dicekup pukul 6.20 petang kelmarin selepas diekori unit kereta ronda Balai Polis Cabang Tiga sejauh 15 kilometer.

Suspek yang memandu kereta turut melanggar lampu isyarat merah di beberapa persimpangan menuju ke kawasan kediamannya. Setelah gagal melarikan diri, suspek bertindak nekad terjun ke dalam sungai sebelum dikepung polis dan rakan cegah jenayah.

Suspek yang mempunyai beberapa rekod jenayah, berpura-pura pengsan selepas gagal berenang menyeberangi sungai. 

Sumber: Semasa 12, RTM1

ArticlePublished 17 Jun 2014 1.51 AMUpdated 17 Jul 2026 11.47 AM