Pencuri Kereta Dicekup
PENCURI
KERETA DICEKUP: Seorang lelaki yang terlibat dalam beberapa kes curi
kereta di sekitar Pasaraya Kuala Terengganu akhirnya berjaya dicekup
pihak polis. Suspek yang dikehendaki polis cuba meloloskan diri dengan
terjun ke dalam Sungai Manir, Kuala Terengganu tetapi gagal.
Suspek
berusia 29 tahun yang berasal dari Kampung Teluk Pasu Manir itu dicekup
pukul 6.20 petang kelmarin selepas diekori unit kereta ronda Balai
Polis Cabang Tiga sejauh 15 kilometer.
Suspek
yang memandu kereta turut melanggar lampu isyarat merah di beberapa
persimpangan menuju ke kawasan kediamannya. Setelah gagal melarikan
diri, suspek bertindak nekad terjun ke dalam sungai sebelum dikepung
polis dan rakan cegah jenayah.
Suspek yang mempunyai beberapa rekod jenayah, berpura-pura pengsan selepas gagal berenang menyeberangi sungai.
Sumber: Semasa 12, RTM1