Seorang pekerja teknologi maklumat (IT) di sebuah syarikat swasta diberkas pengawal keselamatan di Masjid Wilayah, Jalan Duta, ketika leka mencuri kasut pada Sabtu lalu.
Ketua Polis Daerah Sentul, ACP R Munusamy memberitahu, polis menemui 13 pasang kasut curi di dalam but kereta mewah jenis Mercedes Benz yang dinaiki lelaki itu.
Sumber : Sinar Harian