Artikel
Penculikan
Berikut adalah tip-tip yang boleh digunakan untuk mencegah dari berlakunya kes-kes penculikan. Bersama kita mencegah jenayah.
- Mengajar anak-anak jangan bercakap dengan orang asing dan yang tidak dikenali.
- Jangan membiarkan anak-anak pergi bersendirian dan selalu mengawasi pergerakan mereka.
- Memberitahu kepada anak-anak mengenai bahaya jenayah dan keselamatan diri.
- Jangan meninggalkan kenderaan dengan enjin dihidupkan dan membiarkan anak-anak di dalam kenderaan, walaupun untuk tempoh masa yang singkat.
- Menjalankan kajian atau tinjauan terlebih dahulu sebelum memulakan sesuatu aktiviti seperti melancong atau berkelah.
- Mempelajari cara-cara bertindak atau demonstrasi antara ibu bapa dan anak-anak mengenai pencegahan jenayah.
- Memasang alat penggera atau alarm di rumah masing-masing, termasuk kunci-kunci pintu dan tingkap yang selamat.
- Mengadakan daftar nama ahli keluarga dan direktori kecemasan ditampalkan pada lokasi atau tempat strategik dalam rumah.
- Mengetahui lokasi-lokasi kecemasan seperti balai polis, bomba, dan hospital yang berhampiran anda.
- Sentiasa berwaspada dengan keadaan persekitaran dan situasi sekeliling anda.
- Mengenali semua rakan sekerja anda, seperti latar belakang pembantu rumah atau pengasuh anak-anak anda.
- Sentiasa membuat pertimbangan yang rasional, jangan menggunakan laluan perjalanan yang sama setiap hari, contohnya semasa menghantar anak-anak ke sekolah atau ke tempat kerja anda.
- Menjaga data peribadi anda dan keluarga anda, jangan mendedahkan data-data peribadi anda dengan mudah kepada orang yang tidak dikenali, contohnya seperti dalam talian atau internet.
- Laporkan dengan kadar segera sebarang aktiviti oleh orang yang tidak dikenali atau mencurigakan kepada pihak berkuasa (polis), seperti pengintipan.