Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Pencipta Resipi Air Ketum Lalok Berganda Ditumpaskan Polis

Diterbitkan: 28 May 2015 5.41 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.47 AM
Tiga lelaki tempatan yang mencipta resipi lalok berganda terhadap penagih air ketum tegar di sekitar Lembah Kelang ditahan polis ketika mereka sedang leka memasak air tersebut di sebuah rumah di Keramat.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/pencipta-resipi-air-ketum-lalok-berganda-ditumpaskan-polis
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 21:48 MYT

Tiga lelaki tempatan yang mencipta resipi lalok berganda terhadap penagih air ketum tegar di sekitar Lembah Kelang ditahan polis ketika mereka sedang leka memasak air tersebut di sebuah rumah di Keramat.

Suspek-suspek yang berusia 40-an itu ditahan sepasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya pada jam 10 malam setelah mendapat mendapat maklumat risikan kegiatan mereka yang menjual air ketum kepada orang ramai.

Ketua Polis Daerah, ACP Khairuldin Saad berkata, hasil pemeriksaan polis di premis itu menemui dua periuk besar berisi air dan daun ketum sedang di rebus.

Sumber: Harian Metro

Pencipta Resipi Air Ketum Lalok Berganda Ditumpaskan Polis
ArtikelDiterbitkan 28 May 2015 5.41 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.47 AM