Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Pencari Etok Ditemui Mati Lemas

Published: 06 May 2016 8.26 AM Updated: 15 Aug 2026 7.28 PM
Bera, 6 Mei- Seorang lelaki yang dikhuatiri lemas selepas hilang ketika sedang mencari etok bersama isteri di persisiran pasir Sungai Pahang di Kampung Guai di sini semalam, ditemui mati hari ini.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/pencari-etok-ditemui-mati-lemas
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 18:12 MYT
Bera, 6 Mei- Seorang lelaki yang dikhuatiri lemas selepas hilang ketika sedang mencari etok bersama isteri di persisiran pasir Sungai Pahang di Kampung Guai di sini semalam, ditemui mati hari ini. 

Mayat Ehsan Mat, 47, ditemui pada 9.30 pagi di Kampung Pasir Panjang oleh penduduk kampung kira-kira dua kilometer dari tempat kejadian.

Ketua Polis Daerah Bera DSP Mohd Rosdi Daud berkata mangsa dikatakan lemas pada 10.45 pagi semalam akibat dipercayai terjerlus ke dalam pasir jerlus lalu hilang semasa sedang pergi ke tengah sungai.

"Ketika sedang mencari etok, mangsa dikatakan ke tengah sungai dan dipercayai terjerlus ke dalam pasir jerlus, lalu hilang. Mangsa terkapai-kapai meminta pertolongan sebelum hilang ke dalam pasir jerlus tersebut," katanya kepada Bernama hari ini.

Mohd Rosdi berkata mayat mangsa dihantar ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah di Temerloh.

Katanya anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat, Polis Diraja Malaysia, dan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia bersama penduduk kampung turut serta menyertai gerakan mencari dan menyelamat mangsa.

Dalam pada itu, beliau menasihati orang ramai supaya tidak terlampau ghairah mencari etok ataupun mandi di dalam Sungai Pahang sewaktu air sungai cetek sekarang berikutan fenomena El-Nino.

Mohd Rosdi berkata ini kerana mereka akan berhadapan dengan pelbagai risiko keselamatan antaranya membabitkan pasir jerlus sehingga boleh dihanyutkan arus air deras.- BERNAMA
ArticlePublished 06 May 2016 8.26 AMUpdated 15 Aug 2026 7.28 PM