Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Pencapaian Cemerlang Atlet Pdrm Membanggakan Mutu Sukan Negara

Diterbitkan: 18 Sep 2017 7.05 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.48 AM
Kuala Lumpur, 18 September 2017 - Majlis Meraikan Atlet-Atlet Sukan SEA 2017 dan World Police Fire Games (WPFG) 2017 telah disempurnakan oleh Ketua Polis Negara, Tan Sri Dato' Sri Mohamad Fuzi Harun di Mes Pegawai Kanan Bukit Aman, dekat sini, pagi tadi.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/pencapaian-cemerlang-atlet-pdrm-membanggakan-mutu-sukan-negara
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 17:54 MYT

PENCAPAIAN CEMERLANG ATLET PDRM MEMBANGGAKAN MUTU SUKAN NEGARA

Kuala Lumpur, 18 September 2017 - Majlis Meraikan Atlet-Atlet Sukan SEA 2017 dan World Police Fire Games (WPFG) 2017 telah disempurnakan oleh Ketua Polis Negara, Tan Sri Dato' Sri Mohamad Fuzi Harun di Mes Pegawai Kanan Bukit Aman, dekat sini, pagi tadi.

Seramai 27 orang atlet Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah terpilih untuk menyertai temasya Sukan SEA 2017 yang diadakan di ibu negara baru-baru ini dan 71 orang atlet PDRM pula merupakan atlet yang berjuang dalam WPFG 2017 di Amerika Syarikat pada 7 Julai sehingga 16 Ogos lepas.

Melalui kedua-dua penyertaan tersebut, para atlet PDRM telah berjaya membawa pulang 17 pingat iaitu 12 pingat emas, tiga pingat perak dan dua pingat gangsa dalam temasya Sukan SEA 2017 serta 34 pingat emas, 19 pingat perak dan 19 pingat gangsa dalam WPFG 2017.

Tan Sri Mohamad Fuzi dalam ucapannya turut berbangga dengan pencapaian seluruh atlet PDRM yang mengambil bahagian menerusi kedua-dua sukan besar di peringkat antarabangsa itu.

"Ini merupakan pencapaian terbaik dalam sejarah penyertaan PDRM di Kejohanan World Police and Fire Games, tahniah dan syabas buat semua warga Pasukan yang terlibat!" ujar beliau.

 Kemuncak majlis tersebut, Majlis Sukan PDRM di bawah Tabung Kebajikan Sukan dan Sosial (TKSS) turut memberikan insentif serta Sijil Penghargaan Ketua Polis Negara kepada para atlet yang terlibat.

Diharapkan dengan adanya insentif dan penghargaan seumpana ini akan lebih menaikkan semangat dan moral para atlet PDRM untuk terus berjuang dan berjaya lagi di masa akan datang.

Turut hadir Pengarah Pengurusan, Dato' Sri Abdul Ghafar Rajab merangkap Pengerusi Majlis Sukan PDRM, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN), Datuk Seri Mohmad Salleh merangkap Chef De Mission Kontijen PDRM Kejohanan World Police and Fire Games Los Angeles 2017, Pengarah-pengarah PDRM, Pegawai-pegawai Kanan Polis, pengurus-pengurus pasukan dan para penaja dari pelbagai syarikat swasta serta rakan-rakan media.

Gambar sekitar majlis
1234567
ArtikelDiterbitkan 18 Sep 2017 7.05 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.48 AM