Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Penarik Kereta Kempunan Jadi Kaya

Published: 17 Jun 2014 8.28 AM Updated: 15 Aug 2026 7.43 PM
Hasrat seorang penarik kereta untuk menjadi kaya menerusi penjualan dadah akhirnya memakan diri apabila makmal dadah yang diusahakannya selama setahun di Wangsa Maju di sini, diserbu Jabatan Narkotik ..
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/penarik-kereta-kempunan-jadi-kaya
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 11:02 MYT

Hasrat seorang penarik kereta untuk menjadi kaya menerusi penjualan dadah akhirnya memakan diri apabila makmal dadah yang diusahakannya selama setahun di Wangsa Maju di sini, diserbu Jabatan Narkotik Kuala Lumpur pada Selasa lepas.

Lelaki berusia 40 tahun itu disyaki menjadi pengedar dadah jenis syabu bersama pasangannya yang berusia 28 tahun itu, aktif sejak setahun yang lalu. Dadah tersebut dipercayai untuk pasaran tempatan.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohmad Salleh berkata, hasil maklumat daripada jiran yang mencurigai aktiviti pasangan itu akhirnya membongkar kegiatan jahat pasangan kekasih yang juga positif dadah jenis syabu.

Penarik Kereta Kempunan Jadi Kaya
SUMBER : KOSMO

ArticlePublished 17 Jun 2014 8.28 AMUpdated 15 Aug 2026 7.43 PM