Lelaki Ditahan 17 Kes Ragut Di Butterworth Selesai
Butterworth,
2 Ogos - Polis percaya dapat menyelesaikan sekurang-kurangnya 17 kes
ragut dan lima kes samun di sekitar Mak Mandin dan Teluk Air Tawar, di
sini selepas menahan seorang lelaki 24 Julai lepas.
Jabatan
Siasatan Jenayah Pulau Pinang SAC Mazlan Kesah berkata lelaki berusia
23 tahun itu ditahan di sebuah rumah di sini hasil maklumat awam dan risikan polis.
"Pemeriksaan
polis di dalam bilik lelaki yang mempunyai dua anak kecil itu menemui
sebuah beg mengandungi satu beg duit, kad pengenalan seorang wanita,
lesen memandu, kad juruwang automatik (ATM), telefon bimbit, kunci dan
beberapa kad keahlian pasar raya dan pusat pelancongan.
"Kami
turut menemui satu beg duit dan di dalamnya mengandungi dua kad
pengenalan wanita, buku simpanan bank, kad debit, lesen memandu dan
beberapa kad keahlian syarikat jualan langsung," katanya kepada
pemberita di sini malam tadi.
Beliau
berkata jumlah keseluruhan kad pengenalan wanita yang ditemui di rumah
itu ialah 17 keping. Mazlan berkata lelaki yang mempunyai beberapa rekod
jenayah itu direman sehingga 7 Ogos untuk siasatan lanjut.
Sumber : BERNAMA