Penangkapan 10 Lelaki Berjaya Selesaikan 53 Kes Pecah Rumah
Shah
Alam, 19 Nov – Ketua Polis Selangor, Senior DCP Dato' Mohd Shukri b.
Dahlan dalam sidang media yang diadakan memberitahu di atas keprihatinan
masyarakat dan kecekapan pihak polis dalam membuat intipan, sepuluh
lelaki warga tempatan berumur antara 24 hingga 51 tahun berjaya ditahan
dalam satu serbuan di sebuah rumah di Taman Midah, Cheras.
Semasa
serbuan dijalankan, terdapat suspek yang cuba meloloskan diri dan
bersembunyi di dalam bilik rumah tersebut. Semalam pihak polis menerima
laporan daripada sepasang suami isteri telah disamun oleh empat lelaki
bertopeng bersenjatakan parang di rumah mereka di Taman Bukit Semenyih,
Kajang. Kesemua suspek berjaya ditahan dan pihak polis turut merampas
pelbagai barangan berharga serta peralatan pecah rumah.
Berikutan
tertangkapnya sepuluh lelaki tersebut, pihak polis berjaya
menyelesaikan sebanyak 53 kes seumpamanya di mana negeri Selangor
mencatatkan 42 kes, Negeri Sembilan, enam kes, Kuala Lumpur, tiga kes
dan Perak, dua kes. Beliau mengucapkan terima kasih kepada masyarakat
yang banyak memberi maklumat dalam menyelesaikan kes-kes jenayah
terutamanya di Selangor.





Sumber : HEA Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor