Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Penangkapan 10 Lelaki Berjaya Selesaikan 53 Kes Pecah Rumah

Published: 18 Jun 2014 5.40 AM Updated: 15 Aug 2026 7.38 PM
Shah Alam, 19 Nov – Ketua Polis Selangor, Senior DCP Dato' Mohd Shukri b. Dahlan dalam sidang media yang diadakan memberitahu di atas keprihatinan masyarakat dan kecekapan pihak polis dalam membuat in..
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/penangkapan-10-lelaki-berjaya-selesaikan-53-kes-pecah-rumah
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 15:26 MYT

Shah Alam, 19 Nov – Ketua Polis Selangor, Senior DCP Dato' Mohd Shukri b. Dahlan dalam sidang media yang diadakan memberitahu di atas keprihatinan masyarakat dan kecekapan pihak polis dalam membuat intipan, sepuluh lelaki warga tempatan berumur antara 24 hingga 51 tahun berjaya ditahan dalam satu serbuan di sebuah rumah di Taman Midah, Cheras.

Semasa serbuan dijalankan, terdapat suspek yang cuba meloloskan diri dan bersembunyi di dalam bilik rumah tersebut. Semalam pihak polis menerima laporan daripada sepasang suami isteri telah disamun oleh empat lelaki bertopeng bersenjatakan parang di rumah mereka di Taman Bukit Semenyih, Kajang. Kesemua suspek berjaya ditahan dan pihak polis turut merampas pelbagai barangan berharga serta peralatan pecah rumah.

Berikutan tertangkapnya sepuluh lelaki tersebut, pihak polis berjaya menyelesaikan sebanyak 53 kes seumpamanya di mana negeri Selangor mencatatkan 42 kes, Negeri Sembilan, enam kes, Kuala Lumpur, tiga kes dan Perak, dua kes. Beliau mengucapkan terima kasih kepada masyarakat yang banyak memberi maklumat dalam menyelesaikan kes-kes jenayah terutamanya di Selangor.

Penangkapan 10 Lelaki Berjaya Selesaikan 53 Kes Pecah Rumah
Penangkapan 10 Lelaki Berjaya Selesaikan 53 Kes Pecah Rumah
Penangkapan 10 Lelaki Berjaya Selesaikan 53 Kes Pecah Rumah
Penangkapan 10 Lelaki Berjaya Selesaikan 53 Kes Pecah Rumah
Penangkapan 10 Lelaki Berjaya Selesaikan 53 Kes Pecah Rumah
Sumber : HEA Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor

ArticlePublished 18 Jun 2014 5.40 AMUpdated 15 Aug 2026 7.38 PM