Artikel
Penagih Dadah Terjun Sungai Cuba Elak Dicekup
Sabak Bernam - Seorang penagih dadah sanggup terjun dalam parit di Bagan Nakhoda Omar bagi mengelakkan dicekup polis dalam Ops Bersepadu Cegah Jenayah Ibu Peja...
Sabak Bernam - Seorang penagih dadah sanggup terjun dalam parit di Bagan Nakhoda Omar bagi mengelakkan dicekup polis dalam Ops Bersepadu Cegah Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sabak Bernam di sini, kelmarin.
Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Superintendan Nor Azmi Isa berkata, lelaki berkenaan bertindak sedemikian selepas menyedari kehadiran polis di kawasan berkenaan.
Bagaimanapun katanya, lelaki terbabit berjaya diberkas bersama 55 suspek lain yang turut ditahan dalam operasi sama yang dijalankan bermula dari jam 1 pagi hingga 12 tengahari Isnin lalu.
Sumber: Sinar Harian