Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Penagih Dadah Nyenyak Tidur Dalam Van Diberkas

Published: 18 Jun 2014 1.57 AM Updated: 15 Aug 2026 7.39 PM
Kuantan, 5 Okt - Polis menahan seorang pemandu van rokok yang dipercayai penagih dadah ketika sedang tidur di kenderaannya di Jalan Simpang Kalang dekat Raub hari ini...
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/penagih-dadah-nyenyak-tidur-dalam-van-diberkas
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 01:20 MYT

Kuantan, 5 Okt - Polis menahan seorang pemandu van rokok yang dipercayai penagih dadah ketika sedang tidur di kenderaannya di Jalan Simpang Kalang dekat Raub hari ini.

Menurut Ketua Polis Daerah Raub Supt Wan Shamsuddin Wan Osman, suspek, 30an, ditahan sepasukan anggota polis yang kebetulan menjalankan tugas ops trafik di kawasan itu kira-kira jam 12.00 tengah hari.

"Polis ternampak sebuah van yang diletakkan di bahu jalan hadapan Dewan Simpang Kalang di situ dalam keadaan mencurigakan sebelum menghampirinya.

"Pemeriksaan ke atas kenderaan tersebut mendapati suspek sedang tidur nyenyak sebelum dikejutkan," katanya ketika dihubungi Bernama di sini.

Beliau berkata, hasil semakan ke atas kad pengenalan lelaki tersebut didapati suspek memiliki rekod lampau berkaitan penyalahgunaan dadah di bawah Seksyen 12 (3) Akta Dadah Berbahaya dan Sekyen 380 Kanun Keseksaan.

Katanya, ekoran itu suspek telah dibawa ke IPD Raub untuk ujian air kencing dan hasil saringan awal didapati suspek positif dadah jenis methamphetamine.

"Suspek kini ditahan di lokap Balai Polis Raub dan kes disiasat di bawah Seksyen 15(1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

"Dan jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara tidak lebih dua tahun atau denda tidak lebih RM5,000," katanya. 

Sumber : BERNAMA

ArticlePublished 18 Jun 2014 1.57 AMUpdated 15 Aug 2026 7.39 PM