Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Pemuda Bertindak Agresif Terhadap Polis Ditahan

Diterbitkan: 01 Jan 2018 11.25 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.48 AM
Sibu, 1 Januari 2018 - Seorang pemuda menerima padah selepas bertindak agresif terhadap anggota polis di Taman Rejang pada 9.20 malam tadi.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/pemuda-bertindak-agresif-terhadap-polis-ditahan
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 16:27 MYT

Sibu, 1 Januari 2018 - Seorang pemuda menerima padah selepas bertindak agresif terhadap anggota polis di Taman Rejang pada 9.20 malam tadi.

Ketua Polis Daerah Sibu ACP Zailanni Amit berkata, lelaki berumur 21 tahun itu menjerit perkataan ‘polis bodoh’ dan menunjukkan jari tengahnya kepada dua anggota peronda polis yang memberi respon kepada panggilan kemalangan melibatkan sebuah motosikal dan kereta di Jalan Empelam.

Sebelum itu pemuda yang merupakan penunggang motosikal itu enggan memberikan kerjasama apabila diminta menunjukkan kad pengenalan kerana merasakan dia tidak bersalah dalam kemalangan itu.

“Semasa ditahan, suspek sekali lagi bertindak agresif. Kekerasan minima telah digunakan untuk melaksanakan tangkapan, namun tiada pihak yang cedera,” katanya ketika dihubungi.

Beliau berkata, suspek direman untuk siasatan lanjut dan akan menjalani ujian air kencing.

Dia boleh didakwa atas kesalahan menghalang penjawat awam daripada menjalankan tugas mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan.

- BERNAMA

ArtikelDiterbitkan 01 Jan 2018 11.25 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.48 AM