Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Pemilik Facebook Fitnah Polis Dicari

Diterbitkan: 06 Nov 2017 1.32 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.48 AM
Sandakan: Polis sedang mengenal pasti pemilik akaun Facebook yang menuduh anggota di Balai Polis Telupid dan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Beluran melindungi kumpulan gangster.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/pemilik-facebook-fitnah-polis-dicari
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 13:35 MYT

Sandakan: Polis sedang mengenal pasti pemilik akaun Facebook yang menuduh anggota di Balai Polis Telupid dan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Beluran melindungi kumpulan gangster.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Ramli Din, berkata anggota polis terbabit sudah membuat laporan mengenai dakwaan berkenaan yang viral, Khamis lalu.

Katanya, kes terbabit kini disiasat mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan iaitu kesalahan fitnah jenayah.

"Tiada tangkapan dibuat setakat ini. Siasatan awal mendapati akaun berkenaan adalah palsu, namun polis sedang berusaha mengesan pemilik akaun," katanya ketika dihubungi di sini, semalam. 
Dakwaan mengaitkan anggota polis dari Balai Polis Telupid dan bahagian narkotik IPD Beluran melindungi kumpulan 'Mahdi and the gang' yang giat melakukan jenayah di Telupid, menjadi viral di Facebook sejak beberapa hari lalu.

Ia turut mendakwa antara jenayah dilakukan kumpulan berkenaan adalah menjual pil khayal di kelab malam, syabu, perjudian dan mencederakan orang lain dengan ketua kumpulan dikenali Mahdi didakwa memiliki pistol.

Sumber: Berita Harian

Pemilik Facebook Fitnah Polis Dicari
ArtikelDiterbitkan 06 Nov 2017 1.32 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.48 AM