Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Pemilik Bot Diminta Maklum Pergerakan Bot Kepada Pusat Operasi Esscom

Published: 19 Jul 2016 8.08 AM Updated: 15 Aug 2026 7.24 PM
Lahad Datu, 19 Julai - Pemilik bot diminta memberi kerjasama untuk memaklumkan pergerakan bot mereka di kawasan perairan timur negeri ini kepada Pusat Operasi Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom).
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/pemilik-bot-diminta-maklum-pergerakan-bot-kepada-pusat-operasi-esscom
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 05:01 MYT


Lahad Datu, 19 Julai - Pemilik bot diminta memberi kerjasama untuk memaklumkan pergerakan bot mereka di kawasan perairan timur negeri ini kepada Pusat Operasi Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom).

Pesuruhjaya Polis Sabah, Dato’ Abdul Rashid Harun berkata ia bagi memudahkan aset pasukan keselamatan di bawah kendalian Esscom melakukan pemantauan pergerakan bot dari satu lokasi ke lokasi yang dituju.

"Saya minta kerjasama daripada pemilik bot supaya aset pasukan keselamatan dapat memantau pergerakan bot dan memudahkan tugas pemantauan bagi memastikan pelayaran bot itu selamat," katanya pada sidang akhbar di sini.

Menurutnya, Komander Esscom Dato’ Wan Abdul Bari Wan Abdul Kadir telah berjumpa dengan beberapa pengusaha bot bagi menyampaikan langkah keselamatan itu.

Ia merupakan antara tindakan diambil oleh Esscom susulan kes penculikan yang berlaku di perairan negeri ini.

Kes penculikan terbaharu dilakukan oleh kumpulan Culik Untuk Wang Tebusan pada 10 Julai lepas membabitkan tiga lelaki warganegara Indonesia yang bekerja sebagai anak kapal pukat tunda di kawasan perairan Felda Sahabat 16 di sini.

Semalam, lima warganegara Malaysia, kru sebuah bot tunda dipercayai diculik selepas sebuah bot tunda bersama tongkang ditemui terdampar tanpa kru di beting pasir perairan laut Dent Heaven berhampiran Tambisan di sini.

- BERNAMA

ArticlePublished 19 Jul 2016 8.08 AMUpdated 15 Aug 2026 7.24 PM