Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Pemilik Akaun Fb Man Namblast Ditahan Reman

Diterbitkan: 19 Jun 2014 1.16 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.47 AM
Kuala Lumpur, 12 Feb - Pemilik akaun Facebook 'Man Nambalast' yang dikatakan mengeluarkan kenyataan berbaur hasutan mengenai sambutan Thaipusam pada Januari lepas ditahan reman empat hari bermula sema..
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/pemilik-akaun-fb-man-namblast-ditahan-reman
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 07:50 MYT

Kuala Lumpur, 12 Feb - Pemilik akaun Facebook 'Man Nambalast' yang dikatakan mengeluarkan kenyataan berbaur hasutan mengenai sambutan Thaipusam pada Januari lepas ditahan reman empat hari bermula semalam.

Ketua Polis Daerah Gombak ACP Abdul Rahim Abdullah ketika dihubungi Bernama hari ini berkata guru sekolah menengah di Segambut berusia 35 tahun itu ditahan di rumahnya di Batu Caves kira-kira 12.30 tengah hari.

Susulan penahanan itu, polis bersama pegawai Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM) merampas satu unit pemprosesan berpusat (CPU) dan sebuah modem di kediaman suspek.

"Suspek kini direman di Ibu Pejabat Polis Daerah Gombak dan kes disiasat mengikut Sekyen 4(1) Akta Hasutan 1948," katanya.

Pada 17 Jan lepas, pemilik akaun facebook 'Man Nambalast' dan 'Mohamed Hidayat' memuat naik status yang menyentuh sensitiviti penganut Hindu semasa sambutan Thaipusam.

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar melalui akaun twitternya kelmari mengesahkan penangkapan suspek yang menggunakan nama 'Man Namblast' dalam Facebook. 

Sumber : BERNAMA

ArtikelDiterbitkan 19 Jun 2014 1.16 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.47 AM