Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Pemeriksaan Kesihatan Pusat Saringan Kesihatan Bukit Aman

Diterbitkan: 12 Jun 2014 12.58 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.46 AM
Pusat Saringan Kesihatan ini akan beroperasi pada setiap hari bekerja bermula pukul 8.30 pagi sehingga pukul 5.00 petang. Seorang Pegawai Perubatan dan seorang Pembantu Pegawai Perubatan daripada Keme..
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/pemeriksaan-kesihatan-pusat-saringan-kesihatan-bukit-aman
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 12:07 MYT
Bukit Aman - 7 Mei 2012

Pusat Saringan Kesihatan Bukit Aman telah dirasmikan oleh YAB Dato' Sri Mohd Najib bin Tun Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia pada 12 April 2012.

Pusat Saringan Kesihatan ini beroperasi pada setiap hari bekerja bermula pukul 8.30 pagi sehingga pukul 5.00 petang. Seorang Pegawai Perubatan dan seorang Pembantu Pegawai Perubatan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan ditugaskan untuk membuat pemeriksaan kesihatan di Pusat Saringan Kesihatan Bukit Aman. Waktu kehadiran adalah pada setiap hari bekerja pada pukul 2.30 petang sehingga pukul 5.00 petang.

Petang ini, YDH CP Datuk Mortadza bin Nazarene, Pengarah Pengurusan PDRM hadir untuk membuat saringan kesihatan. Turut hadir petang ini ialah YDH SAC Dato' Aishah binti Mohammad, Penolong Pengarah Perkhidmatan (Rekod Personel), YDH SAC Dato' Mohd Nizar bin Mohd Ali, Ketua Penolong Pengarah Pengurusan (Perkhidmatan), YDH SAC Dato' Asri bin Yusoff, Timbalan Pengarah Pengurusan (Perkhidmatan/Perjawatan) dan Pegawai Kanan Polis.

Pemeriksaan Kesihatan Pusat Saringan Kesihatan Bukit Aman
Pusat Saringan Kesihatan Bukit Aman telah dirasmikan oleh YAB Perdana Menteri Malaysia

Pemeriksaan Kesihatan Pusat Saringan Kesihatan Bukit Aman
Pemeriksaan Kesihatan Pusat Saringan Kesihatan Bukit Aman
YDH SAC Dato' Mohd Nizar membuat pemeriksaan kadar lemak badan dan indek jisim badan (BMI)

Pemeriksaan Kesihatan Pusat Saringan Kesihatan Bukit Aman
YDH Pengarah Pengurusan PDRM bersama dengan Pegawai Perubatan

Pemeriksaan Kesihatan Pusat Saringan Kesihatan Bukit Aman
Pemeriksaan Kesihatan Pusat Saringan Kesihatan Bukit Aman
YDH Pengarah Pengurusan mendengar penerangan hasil pemeriksaan

Pemeriksaan Kesihatan Pusat Saringan Kesihatan Bukit Aman
Memeriksa kandungan kolestrol gula dalam darah

Pemeriksaan Kesihatan Pusat Saringan Kesihatan Bukit Aman
YDH SAC Dato' Aishah binti Mohammad mendengar tips-tips mengawal stress daripada Pegawai Perubatan yang bertugas

Pemeriksaan Kesihatan Pusat Saringan Kesihatan Bukit Aman
Salah seorang anggota polis membuat pemeriksaan tekanan darah

Wartawan/Jurufoto : L/Kpl Edwind Indo
Penyunting : Sjn Zaiddin bin Dahalan
ArtikelDiterbitkan 12 Jun 2014 12.58 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.46 AM