Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Pemerdagangan Manusia Tiada Kem Penempatan Baharu Ditemui Di Perlis

Published: 16 Jun 2015 10.06 AM Updated: 17 Jul 2026 11.47 AM
Kuala Lumpur, 16 Jun- Penemuan sebuah kem yang dipercayai menempatkan mangsa pemerdagangan manusia di Hutan Simpan Mata Ayer, Perlis, seperti yang dilaporkan di muka depan sebuah akhbar hari ini, bukanlah penemuan baharu, kata Ketua Polis Perlis, SAC Shafie Ismail.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/pemerdagangan-manusia-tiada-kem-penempatan-baharu-ditemui-di-perlis
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 14:31 MYT

Kuala Lumpur, 16 Jun- Penemuan sebuah kem yang dipercayai menempatkan mangsa pemerdagangan manusia di Hutan Simpan Mata Ayer, Perlis, seperti yang dilaporkan di muka depan sebuah akhbar hari ini, bukanlah penemuan baharu, kata Ketua Polis Perlis, SAC Shafie Ismail.

Sebaliknya, beliau berkata penempatan itu, yang terletak di Bukit Genting Perah, Wang Kelian, merupakan satu daripada 28 penempatan yang telah dinyatakan oleh Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar pada sidang media di Martek Op Wawasan Khas, Wang Kelian, 25 Mei lepas.

"Pihak media yang hadir telah diberikan gambaran keseluruhan mengenai penempatan-penempatan yang ditemui melalui gambar-gambar yang dipamerkan di galeri gambar markas berkenaan.

"Artikel (akhbar) itu telah mengundang pelbagai reaksi khususnya dakwaan bahawa wujud khemah penderaan seksual hanya dengan terjumpanya coli dan pakaian dalam wanita. Adalah tidak tepat untuk membuat andaian sedemikian tanpa bukti kukuh," katanya dalam satu kenyataan di sini.

Shafie berkata memang wujud bangsal berasingan di kem itu untuk menempatkan kaum lelaki dan wanita.

Selain itu, katanya kenyataan bahawa wujud klinik kecil juga agak
keterlaluan kerana bangsal yang ada hanya membekalkan ubat-ubatan asas untuk mengubat kesakitan ringan.

Malah, Shafie berkata jana kuasa besar yang ditanam kononnya untuk
mengelakkan bunyi bising amat mengelirukan kerana ia tidak mampu berfungsi tanpa ruang dan pengudaraan yang mencukupi.

Jelasnya, polis telah menjalankan operasi menggali dan mengeluarkan 20 rangka mayat daripada penempatan itu pada 6 Jun lepas.

"Tiada sebarang penemuan (kem) baharu setakat ini dan angkanya kekal pada 28 penempatan seperti mana kenyataan Ketua Polis Negara sebelum ini," katanya.- BERNAMA

ArticlePublished 16 Jun 2015 10.06 AMUpdated 17 Jul 2026 11.47 AM