Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Pembalakan Haram Ribuan Kayu Balak Ditemui

Published: 19 Jun 2014 1.08 AM Updated: 17 Jul 2026 11.47 AM
Selalang, 8 Feb - Dua ribu batang kayu balak dijumpai oleh sepasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Lima Sarawak ketika sedang menjalankan Op Cantas Perairan di kawasan sementara simpanan balak (Longpond),..
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/pembalakan-haram-ribuan-kayu-balak-ditemui
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 11:03 MYT

Selalang, 8 Feb - Dua ribu batang kayu balak dijumpai oleh sepasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Lima Sarawak ketika sedang menjalankan Op Cantas Perairan di kawasan sementara simpanan balak (Longpond), Sungai Angap tengah hari semalam.

Hasil pemeriksaan lanjut mendapati ke semua kayu balak pelbagai jenis dan saiz itu tidak mempunyai dokumen sah dan disyaki diperoleh secara haram.

Turut dijumpai sebuah lori Treler 10 roda dan jengkaut yang disyaki digunakan untuk kerja-kerja pembalakan.

Kesemua barangan yang dirampas dianggarkan bernilai RM 590,000 dan diserahkan ke Jabatan Perhutanan Sarikei untuk tindakan lanjut.

Pembalakan Haram Ribuan Kayu Balak Ditemui
Sumber : Pasukan Polis Marin Sarawak

ArticlePublished 19 Jun 2014 1.08 AMUpdated 17 Jul 2026 11.47 AM