Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Pemasang Cctv Dikesan Bantu Siasatan Kes Pecah Rumah Di Pumpong

Diterbitkan: 30 Aug 2014 1.47 PM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.47 AM
Seorang lelaki berumur 28 tahun sedang dikesan bagi membantu siasatan kes pecah rumah seorang pegawai kerajaan di Pumpong di sini minggu lalu.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/pemasang-cctv-dikesan-bantu-siasatan-kes-pecah-rumah-di-pumpong
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 15:51 MYT
Alor Setar, 30 Ogos - Seorang lelaki berumur 28 tahun sedang dikesan bagi membantu siasatan kes pecah rumah seorang pegawai kerajaan di Pumpong di sini minggu lalu.

Ketua Polis Kedah, Datuk Ahmad Ibrahim berkata lelaki itu dikenali sebagai Amirul Abdul Rashid beralamat terakhir di Jalan Anak Bukit.

Dia diminta datang ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kedah atau balai polis berhampiran.

"Pada 21 hingga 24 Ogos lalu, mangsa telah pergi bercuti di Langkawi sebelum pulang pada 24 Ogos dan menyedari rumahnya telah dipecah masuk. Dianggarkan mangsa kerugian kira-kira RM60,000 termasuk hilang barang peribadi dan barang
kemas.

"Kita telah menahan pembantu rumah mangsa dan hasil siasatan lanjut telah membawa kepada penangkapan seorang lelaki yang pernah memasang kamera litar tertutup (CCTV) di rumah mangsa," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Ahmad berkata suspek yang dikehendaki itu turut memasang CCTV di rumah mangsa. - BERNAMA
ArtikelDiterbitkan 30 Aug 2014 1.47 PMDikemas kini 17 Jul 2026 11.47 AM