Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Pemandu Teksi Proses Syabu Kena Tahan

Published: 09 Jan 2015 4.59 PM Updated: 17 Jul 2026 11.47 AM
Kegiatan seorang pemandu teksi yang menjadikan sebuah pangsapuri mewah sebagai makmal mini memproses dadah terbongkar selepas polis menyerbu premis itu di Jalan Kampung Bandar Sentul Rabu lalu.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/pemandu-teksi-proses-syabu-kena-tahan
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 17:52 MYT

Kegiatan seorang pemandu teksi yang menjadikan sebuah pangsapuri mewah sebagai makmal mini memproses dadah terbongkar selepas polis menyerbu premis itu di Jalan Kampung Bandar Sentul Rabu lalu. 

Dalam serbuan kira-kira jam 1.20 petang oleh anggota Bahagian Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sentul itu, seorang remaja berusia 18 tahun yang juga anak saudaranya turut ditahan, dipercayai bekerja dengan suspek. 

Pelbagai peralatan yang digunakan untuk memproses dadah dirampas, selain turut menemui satu bekas bertutup mengandungi cccair dan ketulan kristal dadah jenis syabu dianggarkan seberat 6.36 kilogram (kg), yang disembunyikan di dalam salah satu ruang di rumah berkenaan.

Sumber: Berita Harian

Pemandu Teksi Proses Syabu Kena Tahan

ArticlePublished 09 Jan 2015 4.59 PMUpdated 17 Jul 2026 11.47 AM