Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Pemandu Teksi Ditahan Bawa Dadah

Published: 18 Jun 2014 8.22 AM Updated: 15 Aug 2026 7.36 PM
Kuantan, 23 Jan - Polis menahan seorang pemandu teksi dipercayai membawa dadah jenis heroin dan syabu di dalam kenderaannya dalam sekatan jalan raya di Km26 Jalan Gambang-Maran di sini, semalam...
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/pemandu-teksi-ditahan-bawa-dadah
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 15:11 MYT

Kuantan, 23 Jan - Polis menahan seorang pemandu teksi dipercayai membawa dadah jenis heroin dan syabu di dalam kenderaannya dalam sekatan jalan raya di Km26 Jalan Gambang-Maran di sini, semalam.

Dalam kejadian 12.20 tengah malam itu, suspek berumur 45 tahun yang dipercayai seorang pengedar, memandu Proton Wira Aeroback dalam perjalanan menuju ke Kuantan untuk mengedar bekalan dadah itu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Pahang Supt Yap Toon Khuan berkata hasil pemeriksaan, polis menemui tiga bungkusan surat khabar yang disorok di dalam ruang simpanan sebelah pemandu.

Katanya bungkusan itu berisi dua paket lutsinar dengan ketulan berwarna kehijauan dipercayai dadah jenis heroin seberat 228.4g dan pemeriksaan terhadap beg pakaian suspek menjumpai tujuh paket plastik berisi dadah jenis syabu seberat 15.58g.

"Siasatan awal mendapati suspek yang berasal dari Cheras, Kuala Lumpur, dan bekerja sebagai pemandu teksi itu dipercayai dalam perjalanan untuk membekalkan dadah di kawasan ini," katanya ketika ditemui pemberita di sini hari ini.

Menurutnya, hasil ujian air kencing yang dijalankan mendapati suspek positif dadah jenis methamphetamine dan dia ditahan reman selama seminggu.
 
Sumber : BERNAMA

ArticlePublished 18 Jun 2014 8.22 AMUpdated 15 Aug 2026 7.36 PM