Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Pemandu Lori Ditahan Jentera Jengkaut Bernilai Rm80 000 Hilang Ditemui

Published: 16 Oct 2015 9.09 AM Updated: 17 Jul 2026 11.47 AM
Shah Alam, 16 Okt- Polis menahan seorang pemandu lori dan menemui semula sebuah jengkaut bernilai RM80,000 yang dilaporkan hilang di Kilometer 11.5 Lebuhraya Baru Lembah Klang (NKVE) menghala Subang Jaya di sini, semalam.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/pemandu-lori-ditahan-jentera-jengkaut-bernilai-rm80-000-hilang-ditemui
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 06:29 MYT

Shah Alam, 16 Okt- Polis menahan seorang pemandu lori dan menemui semula sebuah jengkaut bernilai RM80,000 yang dilaporkan hilang di Kilometer 11.5 Lebuhraya Baru Lembah Klang (NKVE) menghala Subang Jaya di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Shah Alam ACP Shafien Mamat berkata jengkaut itu telah dicuri dari sebuah tapak pembinaan berhampiran lokasi ia ditemui kira-kira pukul 7 malam semalam.

"Makluman awal diperolehi daripada pihak PLUS (PLUS Malaysia Berhad) menyatakan terdapat sebuah lori yang membawa jentera berat (jengkaut) telah terbalik di Kilometer 11.5 Lebuhraya NKVE pada pukul 9.20 malam tadi.

"Namun setelah diperiksa, kita mendapati jengkaut itu sebenarnya telah dilarikan oleh empat lelaki berusia lingkungan 20-an dan 30-an dari kawasan tapak pembinaan," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Beliau berkata berikutan kes itu polis kemudian menahan pemandu lori berusia 43 tahun dan merampas lori serta jengkaut yang ditemui.

Katanya, susulan penahanan itu polis kini giat mengesan empat suspek yang menjadi dalang melarikan jengkaut berkenaan.

Beliau berkata pemandu lori itu direman empat hari bermula hari ini bagi membantu siasatan kes mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan.- BERNAMA

ArticlePublished 16 Oct 2015 9.09 AMUpdated 17 Jul 2026 11.47 AM