Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Pemandu Lori Ditahan Bersama 3 692 Liter Petrol Bersubsidi Dirampas

Diterbitkan: 10 Jul 2014 9.25 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.47 AM
Komander PPM Wilayah 2 ACP Paul Khiu Khon Chiang berkata operasi yang diketuai oleh dua pegawai dan dua anggota itu berjaya merampas sejumlah 142 tong yang diisi dengan minyak petrol di atas sebuah lo..
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/pemandu-lori-ditahan-bersama-3-692-liter-petrol-bersubsidi-dirampas
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 17:53 MYT
Mersing, 13 Jun – Pasukan Polis Marin (PPM) menahan seorang pemandu lori milik syarikat tempatan dan merampas sejumlah 3,692 liter minyak petrol di stesen minyak di sini malam tadi.

Komander PPM Wilayah 2 ACP Paul Khiu Khon Chiang berkata operasi yang diketuai oleh dua pegawai dan dua anggota itu berjaya merampas sejumlah 142 tong yang diisi dengan minyak petrol di atas sebuah lori. 

"Hasil pemeriksaan lanjut mendapati kesemua tong minyak berkenaan tidak mempunyai sebarang dokumen yang sah. 

"Barang rampasan termasuk sebuah lori yang disita dianggarkan bernilai RM37,553.20 telah diserahkan kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) untuk tindakan lanjut," ulas beliau.

Kes disiasat di bawah Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961.

Pemandu Lori Ditahan Bersama 3 692 Liter Petrol Bersubsidi Dirampas

Sumber: PPM
ArtikelDiterbitkan 10 Jul 2014 9.25 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.47 AM