Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Pemandu Lori Cedera Ditembak Dua Lelaki Bermotosikal Di George Town

Published: 01 May 2015 9.15 AM Updated: 17 Jul 2026 11.47 AM
George Town, 1 Mei - Seorang pemandu lori cedera ditembak dua lelaki bermotosikal di Jalan Brown Pulau Tikus, di sini, awal hari ini yang juga kejadian kedua mangsa ditembak dalam tempoh tujuh bulan.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/pemandu-lori-cedera-ditembak-dua-lelaki-bermotosikal-di-george-town
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 17:17 MYT


George Town, 1 Mei - Seorang pemandu lori cedera ditembak dua lelaki bermotosikal di Jalan Brown Pulau Tikus, di sini, awal hari ini yang juga kejadian kedua mangsa ditembak dalam tempoh tujuh bulan.

Ketua Polis Pulau Pinang Dato’ Abdul Rahim Hanafi berkata kejadian pada 3.20 pagi itu menyebabkan lelaki berusia 28 tahun itu cedera di tangan kiri dan kedua-dua belah peha.

"Mangsa yang ketika itu sedang memandu lori terkena beberapa das tembakan dan dia kini dirawat di Hospital Pulau Pinang. Keadaannya dilapor stabil," katanya kepada pemberita selepas program pelepasan Konvoi Kelab Motosikal SYM 1Malaysia di sini hari ini.

Beliau berkata selepas ditembak, lelaki berkenaan dilapor terus memandu kenderaannya sejauh kira-kira 600 meter menuju ke Persiaran Midlands dan dijumpai oleh orang awam.

“Polis menemui tujuh kelongsong peluru 9mm di tempat kejadian,” katanya.

Abdul Rahim berkata lelaki itu pernah ditembak pada jarak dekat di perkarangan rumahnya di Sungai Tiram, Bayan Lepas pada 12 Oktober lepas. Ditanya adakah lelaki itu mempunyai rekod jenayah lampau dan kaitan antara kedua-dua insiden itu, beliau berkata : "Kami akan siasat dari pelbagai sudut termasuk latar belakang mangsa".

- BERNAMA

ArticlePublished 01 May 2015 9.15 AMUpdated 17 Jul 2026 11.47 AM