Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Pemandu Bas Positif Methamphetamine Ketika Kejadian

Published: 18 Aug 2018 12.55 AM Updated: 24 Aug 2026 1.15 PM
Kuala Lumpur - Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Tralik (JSPT) Kuala Lumpur Asisten Komisioner Zulkefly Yahya berkata, selepas terbabit kemalangan dengan dua kenderaan di persimpangan lampu isyarat AU Keramat, pemandu bas berkenaan cuba melarikan diri menerusi Jalan Ampang sebelum melanggar sebuah kereta Toyota Vios menyebabkan kenderaan itu melambung masuk ke dalam parit di kiri jalan.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/pemandu-bas-positif-methamphetamine-ketika-kejadian
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 20:41 MYT

Kuala Lumpur - Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Tralik (JSPT) Kuala Lumpur Asisten Komisioner Zulkefly Yahya berkata, selepas terbabit kemalangan dengan dua kenderaan di persimpangan lampu isyarat AU Keramat, pemandu bas berkenaan cuba melarikan diri menerusi Jalan Ampang sebelum melanggar sebuah kereta Toyota Vios menyebabkan kenderaan itu melambung masuk ke dalam parit di kiri jalan.

"Dalam cubaan melarikan diri itu, bas berkenaan turut melanggar beberapa kenderaan lain seperti Toyota Innova, Perodua Alza, Perodua Myvi dan Proton Saga sebelum berhenti.

"Selepas memberhentikan bas dipandunya, lelaki terbabit cuba melarikan diri ke seberang jalan, namun orang ramai yang melihat kejadian bertindak mengejar dan menangkapnya sebelum diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut," katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Seri Mazlan Lazim mengesahkan pemandu bas berkenaan positif dadah jenis Methamphetamine ketika kejadian.

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Harian Metro seperti berikut..

ArticlePublished 18 Aug 2018 12.55 AMUpdated 24 Aug 2026 1.15 PM