Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Pemandu Bas Positif Dadah Ditahan Dalam Op Khas Bas

Published: 21 Jun 2018 12.53 AM Updated: 17 Jul 2026 11.48 AM
Johor Bahru: Polis menahan seorang pemandu bas ekspres selepas didapati positif dadah jenis methamphetamine dalam pemeriksaan di Terminal Bas Pontian, dekat Pontian, malam kelmarin.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/pemandu-bas-positif-dadah-ditahan-dalam-op-khas-bas
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 18:39 MYT

Johor Bahru: Polis menahan seorang pemandu bas ekspres selepas didapati positif dadah jenis methamphetamine dalam pemeriksaan di Terminal Bas Pontian, dekat Pontian, malam kelmarin.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Johor, Superintendan Razak Md Said, berkata lelaki itu antara 411 pemandu bas dan kenderaan persendirian diperiksa menerusi Op Selamat 13 dan Op Khas Bas di sembilan lokasi berasingan di negeri ini, malam kelmarin.

"Dalam operasi bersepadu bermula pada jam 8.30 malam itu, sebanyak 377 kenderaan diperiksa membabitkan 125 bas dan 252 lain-lain kenderaan.

“Pemandu bas ekspres yang ditahan itu adalah lelaki tempatan berumur 26 tahun dan dia akan disiasat mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952," katanya menerusi kenyataan di sini, semalam.

Sumber: Berita Harian

Pemandu Bas Positif Dadah Ditahan Dalam Op Khas Bas
ArticlePublished 21 Jun 2018 12.53 AMUpdated 17 Jul 2026 11.48 AM