Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Pemandu Bas Ekspres Positif Dadah Ditahan Dalam Op Selamat

Diterbitkan: 13 Jul 2016 12.41 PM Dikemas kini: 15 Aug 2026 7.23 PM
Muar, 13 Julai - Gara-gara mengambil dadah terlarang, seorang pemandu bas ekspres ditahan pihak berkuasa dalam Op Selamat 9/2016 di Terminal Bas Bentayan, di sini, malam tadi.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/pemandu-bas-ekspres-positif-dadah-ditahan-dalam-op-selamat
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 05:02 MYT


Muar, 13 Julai - Gara-gara mengambil dadah terlarang, seorang pemandu bas ekspres ditahan pihak berkuasa dalam Op Selamat 9/2016 di Terminal Bas Bentayan, di sini, malam tadi.

Lelaki berusia 45 tahun yang didapati positif dadah jenis methamphetamine dan pil kuda itu merupakan pemandu pertama sebuah bas ekspres dari Muar ke Kelantan.

Penguatkuasa/Operasi Ibu Pejabat Trafik Bukit Aman, DSP Bakri Zainal Abidin berkata lelaki itu juga merupakan pemandu bas ekspres pertama di negeri ini dikesan positif dadah dalam operasi yang dijalankan pasukan Subtek Zon Selatan dengan kerjasama pegawai dan anggota trafik serta narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Muar.

"Pemeriksaan susulan mendapati pemandu berkenaan mempunyai enam rekod saman
lampau atas kesalahan memandu melebihi had laju.

"Selain itu, pemeriksaan mendapati bas yang bakal dipandunya itu yang juga milik syarikat berpangkalan di Segamat, mempunyai enam saman tertunggak atas kesalahan sama," katanya kepada pemberita.

Bakri berkata pemandu tersebut kini dibawa ke IPD Muar sebelum mendapatkan perintah tahanan reman bagi membantu siasatan.

Katanya, seramai 77 pegawai dan anggota terlibat dalam Op Selamat 9/2016 selama 14 hari berakhir malam tadi.

"Selain mengesan pemandu mempunyai rekod lampau, kami juga bertindak tegas dengan menahan mereka yang positif dadah kerana tidak mahu nyawa penumpang dalam bahaya.

"Sejak operasi bermula 8 malam hingga 11 malam tadi, kami mengeluarkan sebanyak 122 saman membabitkan pelbagai kesalahan," katanya.

Beliau berkata sepanjang operasi, pihaknya mengesan sebanyak 118 saman lampau (saman pos) di bawah Pol 170A dan saman itu ditukar kepada Pol 257 (saman serah) yang mana mereka wajib membayar saman tertunggak dalam tempoh dua bulan.

- BERNAMA

ArtikelDiterbitkan 13 Jul 2016 12.41 PMDikemas kini 15 Aug 2026 7.23 PM