Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Pelepasan Pegawai Dan Anggota Pdrm Ke Timor Leste

Published: 09 Jun 2014 5.58 AM Updated: 15 Aug 2026 7.48 PM
Seramai 9 pegawai dan anggota PDRM telah berlepas dari Kuala Lumpur International Airport (KLIA) ke Timot Leste untuk berkhidmat di bawah panji Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB)...
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/pelepasan-pegawai-dan-anggota-pdrm-ke-timor-leste
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 05:02 MYT

Sepang - 28 Mac 2008. Seramai 9 pegawai dan anggota PDRM telah berlepas dari Kuala Lumpur International Airport (KLIA) ke Timot Leste untuk berkhidmat di bawah panji Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Meraikan pemergian pegawai dan anggota PDRM ialah YDH SAC 1 Zaleha binti Abdul Rahman , Timbalan Pengarah Pengurusan (Pentadbiran), Supt. Rasdi bin Ramli, Penguasa Perhubungan Awam PDRM, Supt. Arshad bin Hj. Abd Jalil, Ketua Pegawai Turus Istiadat, pegawai-pegawai dan anggota serta ahli keluarga.

Penugasan pegawai dan anggota Polis Diraja Malaysia di misi-misi pengaman Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bermula pada tahun 1991 di Angola. Sejak itu, kerajaan Malaysia dari masa ke semasa telah menerima permohonan dari Ibu Pejabat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di New York agar menyumbangkan pegawai dan anggota polis yang kompiten untuk berkhidmat di misi-misi pengaman di bawah panji badan dunia tersebut di seluruh dunia seperti Kemboja, Mozambique, Sahara Barat, Somalia, Crotia, Bosnia & Herzegovina, Sierra Leone, Kosovo, Afganistan, Sudan dan Timor Leste.

Sikap pegawai dan anggota Polis Diraja Malaysia yang komited dan profesional sentiasa mendapat perhatian serta sanjungan pihak berkuasa Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di misi-misi pengaman. Sehingga kini, di Timor Leste seramai 59 pegawai dan anggota berkhidmat sebagai UN Civillian Police dan 139 pegawai dan anggota sebagai Formed Police Unit (FPU).

Pelepasan Pegawai Dan Anggota Pdrm Ke Timor Leste
dari kiri...S/Insp Goh Yeaw Teong, Sjn Thiagarajen a/l Ponnampalam, Insp Lim Jaw Shyong, ASP Venugopal a/l Navaretnam, ASP Nazli Mamat dan C/Insp Yusof Mohd Noor. Barisan belakang, dari kiri Kpl Liew Ah Chin, C/Insp Mohd Yusof Daud dan Sjn Dominic a/l Arokiasamy.

Pelepasan Pegawai Dan Anggota Pdrm Ke Timor Leste
YDH SAC 1 Zaleha binti Abdul Rahman, Timbalan Pengarah Pengurusan (Pentadbiran) mengucapkan selamat jalan kepada Ketua Kumpulan, ASP Venugopal a/l Navaretnam

ArticlePublished 09 Jun 2014 5.58 AMUpdated 15 Aug 2026 7.48 PM