Pelbagai Kaedah Digunakan Oleh Pdrm Melaka Untuk Mendekati M
Ketua
Polis Daerah Melaka Tengah, ACP Salehhudin Bin Abd Rahman bersama
pegawai dan anggota dari Ibu Pejabat Polis Daerah Melaka Tengah akan
melaksanakan 'walk-about' pencegahan jenayah pada 6 Julai 2013. Yang
menariknya dalam program ini ialah penyertaan dari watak kartun yang
terkenal iaitu 'Iron-Man'. Program akan dilaksanakan dari jam 11 pagi
yang bermula dari Pusat Pameran Adiwira Dunia, Bastion House, Jalan Kota
Banda Hilir ke Menara Taming Sari, Jongker Walk dan berakhir di Ibu
Pejabat Polis Daerah Melaka Tengah. Orang ramai yang melalui kawasan
tersebut dijemput untuk bersama-sama dalam program tersebut.
