Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Pelanggan Maybank Sungai Petani Gempar Panggilan Bom Palsu

Published: 20 Nov 2015 9.50 AM Updated: 17 Jul 2026 11.47 AM
Sungai Petani, 20 Nov- Pelanggan Maybank yang terletak di pusat beli-belah Central Square di sini gempar seketika apabila seorang kakitangan bank itu menerima panggilan mendakwa terdapat bom di dalam premis itu daripada seorang wanita tidak dikenali hari ini.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/pelanggan-maybank-sungai-petani-gempar-panggilan-bom-palsu
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 04:27 MYT

Sungai Petani, 20 Nov- Pelanggan Maybank yang terletak di pusat beli-belah Central Square di sini gempar seketika apabila seorang kakitangan bank itu menerima panggilan mendakwa terdapat bom di dalam premis itu daripada seorang wanita tidak dikenali hari ini.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda ACP Md Zukir Md Isa berkata pihaknya menerima laporan berhubung satu panggilan yang mendakwa terdapat bom di dalam bank berkenaan, kira-kira pukul 1.25 tengah hari ini.

"Panggilan telefon itu dijawab seorang kerani bank berkenaan apabila seorang wanita tidak dikenali membuat panggilan dengan mendakwa ada bom di dalam Maybank, dan dia mengulangi perkara sama sebanyak tiga kali," katanya kepada Bernama hari ini.

Beliau berkata sehingga pukul 3.45 petang ini, pemeriksaan Unit Pemusnah Bom selama lebih dua jam tidak menemui sebarang objek mencurigakan.

Terdahulu, orang ramai yang berurusan di Maybank berkenaan panik selepas diarah keluar dan meninggalkan kawasan bank susulan panggilan telefon yang mendakwa terdapat bom di dalam bank terbabit.- BERNAMA

ArticlePublished 20 Nov 2015 9.50 AMUpdated 17 Jul 2026 11.47 AM