Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Pelancaran Program Tanggungjawab Sosial Korporat Oleh Rhb Bank

Diterbitkan: 09 Jun 2014 2.15 AM Dikemas kini: 15 Aug 2026 7.50 PM
Majlis Pelancaran Program Tanggungjawab Sosial Korporat (Corporate Sosial Responsibility) Kumpulan RHB bank dan PDRM..
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/pelancaran-program-tanggungjawab-sosial-korporat-oleh-rhb-bank
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 12:28 MYT
Kuala Lumpur - 23 Julai 2007. Majlis Pelancaran Program Tanggungjawab Sosial Korporat (Corporate Sosial Responsibility)Kumpulan RHB Bank dan Polis Diraja Malaysia  telah dilancarkan di Hotel Prince, Kuala Lumpur.

Majlis  telah dilancarkan oleh Y.Bhg. Datuk Azlan Zainol, Pengerusi RHB Bank dan juga YDH Dato' Acryil Sani Abdullah Sani, Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah 1, Polis Diraja Malaysia.

Program tersebut adalah anjuran Kumpulan RHB Bank dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia. Program 'Anak Hilang -Satukan  Keluarga' dilancarkan bagi mewujudkan kesedaran di kalangan masyarakat tentang kes-kes kehilangan anak di bawah umur 18 tahun yang sering berlaku sejak kebelakangan ini.

Pihak RHB Bank juga akan mencetak poster dan juga risalah untuk diedarkan di semua cawangan RHB Bank dan juga dipamirkan ditempat-tempat awam seperti stesyen-stesyen pengangkutan awam dan kompleks perniagaan.

Pelancaran Program Tanggungjawab Sosial Korporat Oleh Rhb Bank
dari kanan...YDH ACP Ahmad Shamsuri Ahmad Mukhri, Penolong Pengarah Pengurusan (HEA), YDH Dato' Acryil Sani Abdullah Sani, Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah 1 dan  Y.Bhg. Datuk Azlan Zainol, Pengerusi RHB Bank bersama tetamu di majlis pelancaran dan pembentangan multimedia RHB Bank.
ArtikelDiterbitkan 09 Jun 2014 2.15 AMDikemas kini 15 Aug 2026 7.50 PM