Article
Pelancaran Program Tanggungjawab Sosial Korporat Oleh Rhb Bank
Majlis Pelancaran Program Tanggungjawab Sosial Korporat (Corporate Sosial Responsibility) Kumpulan RHB bank dan PDRM..
Kuala Lumpur - 23 Julai 2007. Majlis Pelancaran Program Tanggungjawab Sosial Korporat (Corporate Sosial Responsibility)Kumpulan RHB Bank dan Polis Diraja Malaysia telah dilancarkan di Hotel Prince, Kuala Lumpur.
Majlis telah dilancarkan oleh Y.Bhg. Datuk Azlan Zainol, Pengerusi RHB Bank dan juga YDH Dato' Acryil Sani Abdullah Sani, Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah 1, Polis Diraja Malaysia.
Program tersebut adalah anjuran Kumpulan RHB Bank dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia. Program 'Anak Hilang -Satukan Keluarga' dilancarkan bagi mewujudkan kesedaran di kalangan masyarakat tentang kes-kes kehilangan anak di bawah umur 18 tahun yang sering berlaku sejak kebelakangan ini.
Pihak RHB Bank juga akan mencetak poster dan juga risalah untuk diedarkan di semua cawangan RHB Bank dan juga dipamirkan ditempat-tempat awam seperti stesyen-stesyen pengangkutan awam dan kompleks perniagaan.

dari kanan...YDH ACP Ahmad Shamsuri Ahmad Mukhri, Penolong Pengarah Pengurusan (HEA), YDH Dato' Acryil Sani Abdullah Sani, Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah 1 dan Y.Bhg. Datuk Azlan Zainol, Pengerusi RHB Bank bersama tetamu di majlis pelancaran dan pembentangan multimedia RHB Bank.