Pelancaran Ops Sikap Ke 24 Dan Kempen Rumah Selamat 2011
Petaling Jaya, 22 Ogos 2011 -
Seramai 10,000 orang pegawai dan anggota PDRM di seluruh negara akan
ditugaskan bagi menjayakan Ops Sikap ke-24 pada kali ini. Ops Sikap yang
ke-24 pada kali dilancarkan serentak dengan Kempen Rumah Selamat 2011
oleh YDH Dato' Sri Khalid bin Abu Bakar, Timbalan Ketua Polis Negara di
Perkarangan Sri Pentas Bandar Utama, Petaling Jaya, Selangor pada pagi
ini.
"Dalam menilai implikasi road violations
oleh sesetengah pemandu yang mendatangkan risiko yang amat tinggi
kepada pengguna jalan raya yang lain, pihak polis terpaksa mengambil
pendekatan untuk tidak memberi apa-apa kompromi dalam menangani
pesalah-pesalah trafik" tegas YDH Timbalan Ketua Polis Negara semasa
ucapan beliau di majlis pelancaran ini.
Bertemakan " Selamat Sampai ke Destinasi ", akan berlangsung selama dua minggu dari 23 Ogos 2011 hingga 6 September 2011. Bersempena dengan pelancaran tersebut, PDRM turut mengumumkan nombor talian bebas tol Ops Sikap 1800 88 1412 yang disediakan oleh TM. Para pengguna jalan raya boleh melaporkan kesesakan trafik, kemalangan jalan raya, mendapatkan maklumat berkaitan laporan kesesakan trafik dan mendapatkan bantuan.
TM juga menyediakan 20 kanopi untuk kegunaan pegawai-pegawai polis yang bertugas di lokasi-lokasi strategik di semua kawasan yang sering berlaku kemalangan. TM juga turut mencetak pelbagai bahan publisiti termASUK 1,000 poster dan 1,000 Buku Panduan Maklumat Trafik.
Selain itu, TM dengan kerjasama PDRM dan Media Prima akan turut menghasilkan satu iklan kempen keselamatan di media-media elektronik, khususnya stesen-stesen TV yang membawa mesej 'Selamat Sampai ke Destinasi' kepada orang ramai.
Antara yang hadir di Majlis Pelancaran Kempen Keselamatan Jalan Raya Ops Sikap ke 24
Majlis di mulakan dengan doa selamat...
Ucapan oleh Y.Bhg Datuk Dr. Halim Shafie, Pengerusi TM
Ucapan pelancaran oleh YDH Dato' Sri Khalid bin Abu Bakar, Timbalan Ketua Polis Negara
Gimik pelancaran ...
Pelancaran Kempen Keselamatan Jalan Raya Ops Sikap ke 24 dan Kempen Rumah Selamat
Y.Bhg Datuk Dr. Halim Shafie, Pengerusi TM menyampaikan cenderahati kepada YDH DIG Dato' Sri Khalid bin Abu Bakar
Media Prima Berhad menyampaikan cenderahati kepada YDH Timbalan Ketua Polis Negara
Gimik pelancaran Ops Sikap Ke 24
'Pasukan Pemantauan Trafik' yang akan terlibat bermula 23 Ogos hingga 6 September 2011 di 40 lokasi di Lebuh Raya dan 160 lokasi di Jalan Persekutuan.
Sidang Media di Sri Pentas TV3
Wartawan : Konst Raymond Martin
Jurufoto : Sjn Zaiddin Dahalan dan Konst Raymond Martin