Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Pelancaran Balai Polis Alam Damai Cheras Oleh Timbalan Ketua Polis Negara

Published: 09 Jun 2014 5.36 AM Updated: 15 Aug 2026 7.46 PM
Cheras - 15 Februari 2008. YDH Dato' Ismail Bin Haji Omar, Timbalan Ketua Polis Negara telah merasmikan Balai Polis Alam Damai / Pelancaran Balai Polis Baru dan Pondok Komuniti Peringkat Kontinjen Kua..
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/pelancaran-balai-polis-alam-damai-cheras-oleh-timbalan-ketua-polis-negara
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 13:48 MYT
Cheras - 15 Februari 2008. Dato' Ismail Bin Haji Omar, Timbalan Ketua Polis Negara telah merasmikan Balai Polis Alam Damai / Pelancaran Balai Polis Baru dan Pondok Komuniti Peringkat Kontinjen Kuala Lumpur.

Hadir pada majlis tersebut ialah DCP Dato' Muhammad Sabtu Osman, Ketua Polis Kuala Lumpur, SAC II Ku Chin Wah, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur merangkap pemangku Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur dan ACP Zakaria bin Hj Yusoff, Ketua Polis Daerah Cheras.

Turut hadir wakil Yayasan Pencegahan Malaysia, ketua-ketua masyarakat pelbagai kaum daerah Cheras, pegawai, anggota PDRM dan masyarakat setempat.

Kewujudan Balai Polis Alam Damai, yang telah dinaik taraf dari sebuah pondok polis di sini adalah salah satu dari pendekatan yang sedia ada dilaksanakan oleh PDRM, badi merealisasikan saranan Yang Amat Berhormat Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi, Perdana Menteri Malaysia supaya PDRM menubuhkan lebih banyak balai-balai polis di negara ini. Ini bertujuan memudahkan usaha mencegah jenayah dan memantapkan lagi institusi PDRM. Selain itu juga sebagai balai polis yang fuctional yang berupaya mengecil jurang antara polis dan masyarakat disamping meningkatkan keberkesanan aktiviti pencegahan jenayah.

Menurut YDH Dato' Ismail bin Hj. Omar berkata pada sidang media, beliau berharap anggota balai ini akan bertindak dalam jangka masa yang cepat dan pantas ke atas setiap laporan yang dan maklumat yang diterima dari komuniti di sini. Selain itu beliau mengharapkan satu perkhidmatan kepolisian yang lebih menyeluruhdapat diberikan kepada orang ramai. Ianya juga berupaya memberikan keyakinan kepada seluruh komuniti persekitaran untuk menjalani kehidupan harian dalam keadaan yang aman, tenteram dan selamat.

Beliau turut menyeru kepada masyarakat setempat supaya memberi bantuan kepada PDRM dan sentiasa bersama PDRM ke arah mencapai matlamat tersebut.

Balai baru yang dirasmikan ini berkeluasan 12 km persegi yang mana penduduknya seramai 58,000 orang dan terdapatsembilanbuah taman perumahan di bawah tanggungjawab balai polis tersebut. Terdapatsebuah Pondok Polis Taman connaught di bawahseliaanBalai Polis Alam Damai.

Pelancaran Balai Polis Alam Damai Cheras Oleh Timbalan Ketua Polis Negara
YDH Dato' Ismail Bin Haji Omar, Timbalan Ketua Polis Negara telah merasmikan Balai Polis Alam Damai sambil diperhatikan oleh DCP Dato' Muhammad Sabtu Osman, Ketua Polis Kuala Lumpur, SAC II Ku Chin Wah, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur.


Pelancaran Balai Polis Alam Damai Cheras Oleh Timbalan Ketua Polis Negara
Balai Polis Alam Damai, Cheras.
ArticlePublished 09 Jun 2014 5.36 AMUpdated 15 Aug 2026 7.46 PM