Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Pelancaran 4p Polis Diraja Malaysia

Published: 10 Jun 2014 3.57 AM Updated: 15 Aug 2026 7.49 PM
'Protective, Performance & Outcome Oriented, Proactive and People's Oriented' merupakan 4P Polis Diraja Malaysia, satu pendekatan atau strategi baru yang dilancarkan oleh Yang Dihormati Ketua Polis ..
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/pelancaran-4p-polis-diraja-malaysia
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 04:51 MYT

Bukit Aman - 30 September, 2010. Protective, Performance & Outcome Oriented, Proactive and People's Oriented merupakan 4P Polis Diraja Malaysia, satu pendekatan atau strategi baru yang dilancarkan oleh Yang Dihormati Ketua Polis Negara, Tan Sri Hj Ismail B. Hj Omar.

Pelancaran diadakan dalam satu sidang media yang turut dihadiri oleh Timbalan Ketua Polis Negara, Pengarah-Pengarah Jabatan PDRM, Timbalan-timbalan Pengarah, pegawai-pegawai kanan Polis Diraja Malaysia serta rakan-rakan media. YDH Ketua Polis Negara memperkenalkan pendekatan 4P seiring dengan 'tagline' yang telah dilafazkan sejak hari pertama beliau memegang tampuk pimpinan PDRM. Akujanji beliau untuk bekerja berpaksikan undang-undang dan memberi perkhidmatan terbaik kepada masyarakat akan diperkuatkan dengan pelaksanaan 4P ini. 4P akan dilaksanakan dan berkuatkuasa serta merta.

Menurut YDH Tan Sri Haji Ismail B. Haji Omar, semua peringkat warga PDRM perlu menghayati pendekatan 4P dalam menentukan perkhidmatan yang diberikan mencapai matlamat yang diperlukan. Dalam masa yang sama, beliau telah menjelaskan konsep 4P secara lebih terperinci.

Protective
Pihak polis akan menjana kepakaran dan kemahiran sebagai pelindung kepada masyarakat dalam memelihara undang-undang. Elemen pelindung ini tersirat di dalam Akta Polis yang merangkumi dari sudut penguatkuasaan dan pemeliharaan undang-undang, memelihara undang-undang dan ketenteraman, mengekalkan keamanan dan keselamatan negara, mencegah dan mengesan penjenayah, menangkap dan mendakwa pesalah serta mengumpul risikan keselamatan. Pihak polis merupakan pelindung masyarakat dan ianya perlu disemai bagi meningkatkan keyakinan masyarakat terhadap PDRM.

Performance & Outcome Oriented
Pencapaian yang diperoleh menjana prestasi tinggi dan menentukan PDRM melepasi tahap atau sasaran yang diperlukan. Pencapaian dapat diukur melalui Key Performance Index (KPI) dan kualiti yang diterjemahkan oleh PDRM melalui penurunan kadar jenayah dan kes-kes yang dapat diselesaikan oleh PDRM.

Proactive
PDRM perlu selangkah ke hadapan di dalam berbagai aspek supaya perkhidmatan yang diberikan kepada rakyat adalah terbaik dan melebihi ekspektasi. Ianya dapat dilaksanakan dengan menjana pemikiran yang kreatif, kritis dan inovatif di kalangan warga PDRM. Semua peringkat PDRM perlu memainkan peranan dalam menyumbangkan idea dan cadangan bagi meningkatkan keupayaan perkhidmatan PDRM.

People's Oriented
Segala perkhidmatan PDRM adalah untuk rakyat. PDRM mengutamakan rakyat dan memberikan perkhidmatan terbaik tanpa mengira pangkat, darjat, bangsa dan agama. Setiap pegawai dan anggota PDRM juga akan berubah dari aspek fizikal dan mental agar dapat menghadapi cabaran dan transformasi.

YDH Ketua Polis Negara menegaskan bahawa 4P ini bukan perkara baru namun ianya adalah satu pendekatan tambahan untuk membawa Polis Diraja Malaysia ke tahap yang lebih tinggi dan menyeru warga PDRM untuk bekerja bersama-sama beliau.

Pelancaran 4p Polis Diraja Malaysia
YDH Tan Sri Hj Ismail bin Hj Omar, Ketua Polis Negara bersama YDH Datuk Hussin bin Hj Ismail, Timbalan Ketua Polis Negara di Sidang Akhbar, 'Pelancaran 4P Polis Diraja Malaysia' di Menara 1, Bukit Aman.

Pelancaran 4p Polis Diraja Malaysia
'Pelancaran 4P Polis Diraja Malaysia'...bersama-sama YDH Dato'-Dato' Timbalan Pengarah PDRM
ArticlePublished 10 Jun 2014 3.57 AMUpdated 15 Aug 2026 7.49 PM