Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Pelaku Dera Kanak Kanak Di Pusat Jagaan Ditahan Reman

Diterbitkan: 06 Nov 2014 1.14 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.47 AM
Polis Diraja Malaysia telah menerima sejumlah aduan dan komen daripada orang ramai berhubung penyebaran sebuah klip video penderaan kanak-kanak di sebuah pusat jagaan yang rata-rata bersimpati serta prihatin dengan nasib kanak-kanak tersebut.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/pelaku-dera-kanak-kanak-di-pusat-jagaan-ditahan-reman
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 17:12 MYT
Polis Diraja Malaysia telah menerima sejumlah aduan dan komen daripada orang ramai berhubung penyebaran sebuah klip video penderaan kanak-kanak di sebuah pusat jagaan yang rata-rata bersimpati serta prihatin dengan nasib kanak-kanak tersebut.

Dalam klip video yang berdurasi 2 minit 18 saat itu pelaku dilihat sedang memasukkan sesuatu ke dalam mulut seorang kanak-kanak secara paksaan dan memukul dada mangsa.

Satu laporan polis telah diterima oleh Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam pada 31 Oktober lalu berhubung sebaran klip video tersebut. Siasatan awal mendapati kejadian tersebut berlaku di sebuah pusat jagaan kanak-kanak di Kota Kemuning, Shah Alam Selangor.

Ekoran daripada laporan tersebut seorang wanita berumur 35 tahun yang bekerja sebagai pengasuh di pusat jagaan berkenaan telah ditahan reman bagi membantu siasatan dan kes disiasat di bawah Seksyen 31(1) (a) Akta Kanak-Kanak 2001.


ACP DATIN ASMAWATI BINTI AHMAD
PENOLONG KETUA URUS SETIA KPN (KOMUNIKASI KORPORAT)
IBU PEJABAT POLIS BUKIT AMAN

5 November 2014
ArtikelDiterbitkan 06 Nov 2014 1.14 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.47 AM