Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Pelajar Yang Hilang Bukan Diculik Polis

Diterbitkan: 17 Aug 2016 6.09 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.48 AM
Miri, 17 Ogos 2016- Pelajar perempuan berusia 11 tahun dari Sekolah Kebangsaan Miri yang dilaporkan hilang semalam bukanlah diculik, kata polis.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/pelajar-yang-hilang-bukan-diculik-polis
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 12:08 MYT

Miri, 17 Ogos 2016- Pelajar perempuan berusia 11 tahun dari Sekolah Kebangsaan Miri yang dilaporkan hilang semalam bukanlah diculik, kata polis.

Ketua Polis Miri ACP Junaidi Bujang berkata pelajar itu dilaporkan hilang oleh abangnya yang berusia 27 tahun selepas anggota keluarga menjadi bimbang apabila dia tidak pulang ke rumah selepas tamat sesi persekolahan.

"Gadis itu, anak bongsu dalam keluarganya, bukanlah diculik, tetapi dia dibawa pulang oleh anggota keluarganya sendiri, yang merupakan abang iparnya," katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Berita tentang kehilangan pelajar perempuan itu membangkitkan kebimbangan, lebih-lebih lagi dalam kalangan ibu bapa, selepas sanak saudaranya memuat naik gambarnya dalam Facebook dan media sosial, serta menggesa orang ramai supaya memberi maklumat tentang lokasi semasanya.- BERNAMA

ArtikelDiterbitkan 17 Aug 2016 6.09 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.48 AM