Pelajar Tahun Akhir Um Bersama Program Motivasi Kerjaya Pdrm
Kuala Lumpur - 18 Julai 2012
Pegawai
Kanan Polis dari Bahagian Urus Setia Ketua Polis Negara (Perhubungan
Awam) diketuai oleh YDH ACP Ramli bin Mohamed Yoosuf telah menghadiri
satu Program Motivasi Kerjaya Polis Diraja Malaysia anjuran Universiti
Malaya, pagi ini di Dewan Ceramah B, Fakulti Sains Sosial dan Sastera.
Program ini membawa mesej berkongsi pengetahuan dan maklumat mengenai
ciri-ciri organisasi badan penjaga kententeraman awam itu.
Taklimat
dikendalikan oleh ASP Foo Chek Seng, ASP Pusat Media, Bukit Aman
membawa ceramah mengenai susunan organisasi PDRM, bidang penugasan
setiap jabatan di dalam PDRM, susunan kedudukan
pangkat, kelayakan kerjaya polis serta tanggungjawab polis tugas dan
fungi PDRM.
Selain
itu, turut dikongsi adalah mengenai maklumat dan isi kandungan laman
portal rasmi PDRM, platform utama penyampaian maklumat yang cepat
dan sahih melalui Facebook rasmi PDRM dan Twitter PDRM serta You Tube
PDRM yang memaparkan isu-isu kententeraman awam berlaku dalam negara.
Taklimat dikendalikan oleh DSP Lai Lee Ching, Ketua Unit Portal dan
Facebook PDRM, Urus Setia Ketua Polis Negara, Bukit Aman.
Program
Motivasi sambil belajar ini terdiri dihadiri oleh Y.Bhg Professor Datuk
Dr. Rizuan bin Othman, Dekan Fakulti Sastera dan Sains Sosial, Y.Bhg
Professor Madya Dr. Hamizah binti Idris, Timbalan Dekan Fakulti Sastera
dan Sains Sosial, Y.Bhg Zurina binti Syed Othman, DSP Venugopal A/L
Navaretnam, Pegawai Unit Penerbitan dan Pelajar Tahun Akhir Universiti
Malaya.

ASP Foo Chek Seng... Seronok menjadi polis

DSP Lai Lee Ching, Pegawai Unit Portal dan Facebook PDRM, Urus Setia Ketua Polis Negara, Bukit Aman



Antara yang hadir

Kami berminat menjadi polis...




Sesi soal jawab




Penyampaian Cenderahati Kenangan
Wartawan/Jurufoto : L/Kpl Edwind Indo