Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Pelajar Sekolah Antara Lima Ditahan Bersama Ganja Bernilai R

Published: 16 Jun 2014 3.30 AM Updated: 17 Jul 2026 11.46 AM
Seorang pelajar tingkatan lima adalah antara lima lelaki yang ditahan dalam satu operasi membabitkan rampasan dadah jenis ganja bernilai RM240,000..
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/pelajar-sekolah-antara-lima-ditahan-bersama-ganja-bernilai-r
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 07:54 MYT
GEORGE TOWN, 14 Feb (Bernama)

Seorang pelajar tingkatan lima adalah antara lima lelaki yang ditahan dalam satu operasi membabitkan rampasan dadah jenis ganja bernilai RM240,000 di sini Ahad.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Negeri Supt S. Batumalai berkata kelima-lima mereka yang berusia antara 17 dan 50 tahun ditahan kira-kira pukul 5 petang di Jalan Air Itam.

"Berdasarkan maklumat awam dan intipan sejak seminggu lepas, sepasukan anggota polis dari JSJN Bukit Aman dan Pulau Pinang menahan sebuah kereta jenis Honda yang dinaiki oleh empat lelaki dan dalam keadaan mencurigakan di kawasan Air Itam di sini.

"Hasil pemeriksaan ke atas kereta tersebut, polis menemui ketulan dadah seberat 61.3 kilogram bernilai kira-kira RM240,000 yang disembunyikan dalam satu ruang dalam kereta," katanya pada sidang akhbar, di sini hari Isnin.

Beliau berkata polis juga menahan seorang lelaki yang menunggang motosikal dan mengekori kereta tersebut, dipercayai mempunyai kaitan dengan empat lelaki terbabit.

Batumalai berkata siasatan mendapati dadah itu adalah untuk edaran di sekitar negeri ini.

Salah seorang daripada mereka juga didapati mempunyai rekod jenayah lampau, katanya.

Beliau berkata kesemua lelaki terbabit kini direman sehingga Sabtu ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang jika sabit kesalahan boleh dihukum gantung
ArticlePublished 16 Jun 2014 3.30 AMUpdated 17 Jul 2026 11.46 AM