Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Pelajar Sanggup Ponteng Sekolah Kerana Mahu Berparti

Published: 27 Apr 2017 2.24 AM Updated: 17 Jul 2026 11.48 AM
Dua pelajar tingkatan dua dan tiga antara yang ditahan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi ketika asyik berparti di sebuah kondominium mewah di Jalan Sultan Ismail, Kuala Lumpur, pada 25 April lalu.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/pelajar-sanggup-ponteng-sekolah-kerana-mahu-berparti
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 23:45 MYT
Dua pelajar tingkatan dua dan tiga antara yang ditahan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi ketika asyik berparti di sebuah kondominium mewah di Jalan Sultan Ismail, Kuala Lumpur, pada 25 April lalu.

Seramai 47 individu berumur 14 hingga 28 tahun diperiksa oleh pihak polis. Hasil ujian saringan awal air kencing, seramai 33 daripada mereka didapati positif dadah termasuk penganjur parti berusia 22 tahun.

Dalam serbuan yang berakhir awal pagi semalam, dua pelajar perempuan berumur 14 dan 15 tahun tersebut antara 33 individu yang ditahan selepas didapati positif dadah jenis methamphetamine. Kedua-dua mereka sanggup tidak hadir ke sekolah untuk menyertai 'private party' di kondominium berkenaan.

Sumber: Sinar Harian
 
 
 

Pelajar Sanggup Ponteng Sekolah Kerana Mahu Berparti
ArticlePublished 27 Apr 2017 2.24 AMUpdated 17 Jul 2026 11.48 AM