Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Pelajar Persatuan Pengurusan Awam Uum Ke Bukit Aman

Published: 09 Jun 2014 3.24 AM Updated: 15 Aug 2026 7.48 PM
Bukit Aman - 3 Disember 2007. Seramai 29 orang Pelajar Persatuan Pengurusan Awam Universiti Utara Malaysia (UUM), Sintok, Kedah, telah mengadakan Lawatan Sambil Belajar ke Ibu Pejabat Polis Diraja Mal..
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/pelajar-persatuan-pengurusan-awam-uum-ke-bukit-aman
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 22:48 MYT

Bukit Aman - 3 Disember 2007. Seramai 29 orang Pelajar Persatuan Pengurusan Awam Universiti Utara Malaysia (UUM), Sintok, Kedah, telah mengadakan Lawatan Sambil Belajar ke Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia, Bukit Aman, Kuala Lumpur. Ketibaan rombongan pada jam 8.00 pagi itu di Mes Pegawai Kanan PDRM Bukit Aman, telah disambut oleh warga Cawangan Perhubungan Awam PDRM dan seterusnya dijamu dengan sarapan pagi.

Menurut Pengarah Projek Cik Nurul Haslinda Hairudin, tujuan lawatan tersebut sebagai suatu pendedahan mengenai struktur dan organisasi PDRM sebagai sebuah badan penguatkuasa undang-undang yang menjamin keselamatan dan keamanan negara.

Supt. Rasdi Ramli, Penguasa Perhubungan Awam, telah menyampaikan taklimat kepada delegasi mengenai Struktur Organisasi dan Peranan PDRM.

Pelajar Persatuan Pengurusan Awam Uum Ke Bukit Aman
Delegasi Pelajar Persatuan Pengurusan Awam UUM Sintok Kedah bergambar kenangan bersama Supt. Rasdi Ramli Penguasa Perhubungan Awam PDRM

ArticlePublished 09 Jun 2014 3.24 AMUpdated 15 Aug 2026 7.48 PM