Article
Pelajar Pengajian Tinggi Bersatu Memerangi Jenayah United Against Crime
BUKIT AMAN,12 Oktober – Satu jalinan kerjasama di antara Polis Diraja Malaysia melalui Urus Setai Ketua Polis Negara (NKRA) Dan Pelajar Pengajian Tinggi Bersat...
Jurufoto : L/Kpl Santher Kumar
Penyunting : L/Kpl Edwind
PELAJAR PENGAJIAN TINGGI BERSATU MEMERANGI JENAYAH (UNITED AGAINST CRIME)
BUKIT AMAN, 12 Oktober - Satu jalinan kerjasama di antara Polis Diraja Malaysia melalui Urus Setia Ketua Polis Negara (NKRA) Dan Pelajar Pengajian Tinggi Bersatu Memerangi Jenayah (United Against Crime) telah terbentuk di Mess Pegawai Kanan, Bukit Aman, Petang tadi. 'United Against Crime' diwakili oleh tiga buah universiti terunggul di tanah air iaitu Universiti Islam Antarabangsa, Universiti Malaya, Universiti Utara Malaysia dan Universiti Teknologi Mara.
Objektif utama program ini adalah untuk memberi pendedahan dan kesedaran kepada mahasiswa tentang tanggungjawab terhadap keselamatan diri sendiri, keluarga dan masyarakat, supaya tidak terjebak dalam kegiatan jenayah yang kian bersandiwara di kalangan pelajar, disamping memahami sistem keadilan jenayah dan menghormati undang-undang negara.
"Bukan itu sahaja, dengan adanya pendedahan terhadap sistem kepolisan di universiti-universiti seperti program SUKSIS dan 3K, pelajar dapat menerapkan nilai-nilai positif yang telah dipelajari ke dalam tempat kerja mereka selepas manamatkan pengajian", antara isi ucapan perasmian IGP YDH Tan Sri Dato' Seri Haji Ismail bin Haji Omar, Ketua Polis Negara.
Dalam pada itu, YDH Ketua Polis Negara turut menekankan tentang kepentingan peranan media sosial PDRM contohnya Facebook di dalam usaha PDRM menyalurkan maklumat terkini yang tepat dan perkembangan semasa isu keselamatan yang sah.
"Dengan jumlah peminat hampir 180 ribu orang, portal rasmi PDRM dengan jumlah dilawati sebanyak 7.5 juta kali sejak penubuhannya pada tahun 2007; dan yang terbaru ialah akaun "micro-blogging" Twitter PDRM sebanyak 46 ribu pengikut pasti memberikan implikasi yang baik kepada masyarakat", tambah YDH Ketua Polis Negara lagi.
Turut hadir adalah Tan Sri Dato' Sri Khalid bin Abu Bakar, Timbalan Ketua Polis Negara, Dato' Wira Ayub bin Yaakob, Ketua Urus Setia NKRA, Dato' Seri-Dato' Seri dan Datuk-Datuk Pengarah PDRM ,Dato'-Dato' Timbalan-timbalan Pengarah, Ketua-ketua Jabatan, Pegawai-pegawai kanan PDRM.
Ketibaan IGP YDH Tan Sri Dato' Seri Haji Ismail bin Haji Omar, Ketua Polis Negara
Ketibaan Tan Sri Dato' Sri Khalid bin Abu Bakar, Timbalan Ketua Polis Negara
Nyanyian Negaraku...
Bacaan Doa...
Ucapan oleh YDH Ketua Polis Negara...
Penyampaian Cenderahati...
Antara yang hadir...

Sidang Media....

YDH Tan Sri Dato' Seri Haji Ismail bin Haji Omar, Ketua Polis Negara beramah mesra bersama pelajar-pelajar universiti sebelum meninggalkan majlis...
YDH Tan Sri Dato' Seri Haji Ismail bin Haji Omar, Ketua Polis Negara menerima cenderahati oleh pelaj