Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Pelajar Cap Ayam

Diterbitkan: 16 Jun 2014 4.17 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.46 AM
Polis menumpaskan sindiket edar dadah membabitkan warga asing, dengan tertangkapnya empat suspek, termasuk tiga penuntut institusi pengajian tinggi dalam serbuan di sebuah kondominium di Taman Sri Jat..
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/pelajar-cap-ayam
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 00:01 MYT

Pelajar Cap Ayam

PELAJAR 'CAP AYAM' : Polis menumpaskan sindiket edar dadah membabitkan warga asing, dengan tertangkapnya empat suspek, termasuk tiga penuntut institusi pengajian tinggi dalam serbuan di sebuah kondominium di Taman Sri Jati, Puchong, Khamis lalu. Mereka adalah tiga lelaki warga Nigeria dan seorang wanita warga Liberia. Turut dirampas, 2,173 gram syabu bernilai kira-kira RM500,000. 

Polis menemui beberapa bungkus syabu dan peralatan proses dadah seperti alat penimbang, sudu dan senduk di lantai rumah berkenaan. "Kita percaya suspek dalam proses mengasing dan membungkus dadah terbabit untuk diedarkan kepada pelanggan”, ulas KPD Brickfields, ACP Wan Abdul Bari Wan Abdul Khalid.

ArtikelDiterbitkan 16 Jun 2014 4.17 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.46 AM