Pelajar Berkonvoi Diiringi Polis Trafik
Kuala Lumpur, 2 Mei 2018 - Seramai 30 pelajar sekolah menengah sekitar Kuala Lumpur dibawa merasai pengalaman berkonvoi diiringi pasukan polistrafik mengelilingi pusat bandar dan melawat Pusat Latihan Polis(PULAPOL) Kuala Lumpur di Jalan Sultan Yahya Petra, dekat sini.
Program anjuran Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan, Yayasan Pencegahan Jenayah Wilayah Persekutuan, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dan Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Kuala Lumpur.
Ia bagi menyemai semangat supaya pelajar mematuhi undang-undang serta mencegah jenayah di jalan raya.
Turut hadir Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Seri Mazlan Lazim, Pengarah Pelajaran Wilayah Persekutuan, Rusni Abdul Jalil dan Pengerusi Yayasan Pencegahan Jenayah Kuala Lumpur Bok Siew Mun.
Sumber- Buletin TV3