Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Pekerja Kilang Miliki Video Gambar Lucah Didenda Rm7 000

Diterbitkan: 30 Mar 2018 4.50 AM Dikemas kini: 23 Sep 2026 11.07 PM
Ipoh, 30 Mac 2018 - Padah memiliki video dan gambar lucah yang disimpan di dalam telefon bimbit, seorang pekerja kilang minyak masak dijatuhi hukuman denda RM7,000 oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/pekerja-kilang-miliki-video-gambar-lucah-didenda-rm7-000
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 02:26 MYT

Ipoh, 30 Mac 2018 - Padah memiliki video dan gambar lucah yang disimpan di dalam telefon bimbit, seorang pekerja kilang minyak masak dijatuhi hukuman denda RM7,000 oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini.

Majistret Siti Hafiza Jaafar menjatuhkan hukuman tersebut selepas tertuduh, K. K. Ravi, 34, selepas tertuduh mengaku bersalah setelah pertuduhan terhadapnya dibacakan.

Mengikut pertuduhan, K. Ravi didakwa memiliki video dan gambar lucah di dalam telefon bimbit miliknya di sebuah hotel di Taman Jubilee di sini pada Disember 2016.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 292(a) Kanun Keseksaan yang boleh dihukum penjara sehingga tiga tahun atau denda atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Irna Julieza Maaras manakala tertuduh diwakili peguam bela, Chiang Mei Wan daripada Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan.

Irna Julieza memohon mahkamah menjatuhkan hukuman berat terhadap tertuduh memandangkan ia merupakan satu kesalahan yang menjijikkan.

Terdahulu, dalam rayuan kepada anak guamnya, Mei Wan memohon mahkamah menjatuhkan hukuman denda yang ringan kerana tertuduh masih menjaga kedua-dua ibu bapanya.

Siti Hafiza menjatuhkan hukuman denda RM7,000 terhadap tertuduh. Jika gagal membayar, dia akan dikenakan hukuman penjara selama setahun. - K! ONLINE

Pekerja Kilang Miliki Video Gambar Lucah Didenda Rm7 000

ArtikelDiterbitkan 30 Mar 2018 4.50 AMDikemas kini 23 Sep 2026 11.07 PM